Sunday, February 21, 2021

KEPENTINGAN MANDI WAJIB BAGI MEREKA YANG BERJUNUB



 

Mandi wajib adalah mandi yang diharuskan bagi seseorang yang berjunub, mahupun junuh besar ataupun junub kecil. Ianya adalah wahyu daripada Allah. Kepentingan mandi itu wajib apabila jatuhnya hukum syarak iaitu wajib dan sah.

Allah SWT mensyariatkan mandi wajib bagi seseorang yang berjunub sebelum melakukan beberapa ibadah seperti bersolat, tawaf, memegang mushaf al-Quran, beriktikaf di masjid dan seumpamanya berdasarkan firman Allah di dalam al-Quran:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَقْرَبُوا الصَّلَاةَ وَأَنتُمْ سُكَارَىٰ حَتَّىٰ تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ وَلَا جُنُبًا إِلَّا عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىٰ تَغْتَسِلُوا ۚ


Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan berjunub, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (kamu menghampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub (berhadas besar) - kecuali kamu hendak melintas sahaja sehingga kamu mandi bersuci.

(Surah al-Nisa’: 43)

Begitu juga, firman Allah SWT lagi:


وَإِن كُنتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا ۚ


Maksudnya: Dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib.

(Surah al-Maidah: 6)

Para ulama’ telah menetapkan beberapa perkara yang menyebabkan wajibnya mandi keatas seseorang sebelum dia melaksanakan ibadah. Perkara-perkara tersebut sepertimana yang disebut di dalam kitab al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah ialah:

  1. Berjimak.
  2. Keluar air mani.
  3. Keluar darah Haid.
  4. Keluar darah Nifas.
  5. Keluar darah Wiladah.
  6. Mati.

Selain daripada itu, para ulama’ meletakkan syarat fardu bagi mandi wajib hanya tiga, iaitu:

  1. Niat.
  2. Menghilangkan najis jika sekiranya ada pada badan.
  3. Meratakan air ke seluruh rambut (bulu-bulu) dan badan.

Berkaitan perbahasan niat, perbuatan berniat hendaklah dilakukan ketika membasuh basuhan pertama keatas anggota badan. Manakala berkaitan bilangan niat untuk sebab-sebab hadas yang banyak, sumber menyatakan bahawa di dalam kitabnya ini dengan menyatakan bahawa:


مَسْأَلَةٌ (1): إِذَا اجْتَمَعَ عَلَيْه غُسْلَانِ وَاجِبَانِ فَأَكْثَرَ (كَالجِمَاعِ وَ خُرُوجِ المَنِيّ) فَهَلْ تَكْفِي عَنْهُمَا نِيَّةُ وَاحِدَةٌ؟

الجواب: نَعَمْ تَكْفِى نِيَّةٌ وَاحِدَةٌ لَهُمَا. وَ مِثْلُهُ فِي غُسْلِ السُنَّةِ


Maksudnya: Permasalahan 1: Jika sekiranya berkumpul dua atau lebih sebab yang menyebabkan wajib untuk mandi junub seperti jima’ dan keluar air mani contohnya, adakah memadai dengan satu niat sahaja. Jawapan: Ya, memadai dengan satu niat sahaja bagi kedua-dua sebab tersebut. Sama juga bagi mandi sunat (iaitu memadai satu niat sahaja untuk dua mandi sunat). 

Berdasarkan perbincangan dan perbahasan di atas, kami menyimpulkan bahawa cukup sekadar satu niat sahaja untuk mandi wajib tersebut bagi dua atau lebih sebab yang mewajibkan mandi bagi seseorang tersebut adalah benar. Justeru, tidak perlu untuk dia berniat untuk mandi wajib bagi dua hadas seperti hadas jima’ dan keluar darah haid. Semoga Allah SWT memberikan kita kefahaman terhadapnya serta memberikan kita taufiq dan hidayah untuk mengamalkan syari’at-Nya dengan sebaiknya. Amin.

Ilalliqa'


Sumber ilhamku.

Friday, September 6, 2019

BAB HAID - SIKLUS PENGIRAANNYA



1. Apa Itu Darah Haid..?
Haid dari segi bahasa ialah pengaliran darah. Manakala maksud dari segi pengertiannya pula adalah darah yang mengalir keluar dari kemaluan wanita dari dalam rahim (uterus) kerana akibat semulajadinya, iaitu bukan kerana penyakit atau bukan kerana selepas melahirkan anak. Ianya keluar dari masa-masa tertentu apabila seorang wanita itu telah mencapai umur balighnya.

2. Bagaimana keadaan darah haid itu..?
Darah haid keluar mengikut kadar warnanya, iaitu merah darah, coklat, kekuningan, hitam dan asyqar (warna antara merah dan kuning). Menurut jumhur ulamak.

3. Kenapa ia dikatakan darah haid, bukan darah istihadhah atau darah nifas..?
Ianya dikatakan darah haid kerana ia keluar melalui kemaluannya, bukan melalui saluran najisnya kerana ianya mengikut siklus yang akan dibahaskan di bawah.

4. Dalil yang menyatakan bahawa harus untuk mandi selepas ianya bersih.
Wajib untuk kita membersihkan diri dari najis kerana ianya adalah tergolong daripada najis berat iaitu najis yang besar. Dalil yang terdapat di dalam maksud Al-Quran, surah Al-Maidah, ayat ke-6 , sepertimana di bawah;

وإن كنتم جُنُبًا فَٱطَّهَّرُواْ

Maksudnya : 

"…jika kamu itu dalam keadaan berjunub (hadas besar) maka bersucilah…"

5. Kaedah Mandi Wajib.
Ada banyak kaedah yang telah disepakati oleh para jumhur ulamak di dalam menangani bab bab mandi wajib; menurut hadith yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW;

"Lelaki harus menyela rambutnya dan membasahinya hingga ke kulit kepala, sedangkan wanita tidak harus mengurai rambutnya. Cukup ia membasuh kepalanya dengan tiga kali siraman air menggunakan kedua telapak tangan." Hadith Riwayat Abu Dawud.

"Ummu Salamah berkata kepada Rasulullah SAW, "Wahai Rasulullah! Aku terbiasa mengikat rambutku dengan kuat. Haruskah aku melepaskannya ketika sedang mandi wajib? Rasulullah menjawab, "Tidak." Cukup bagimu membasuh kepala dengan tiga kali siraman air melalui kedua-dua telapak tanganmu. Kemudian engkau siram seluruh badanmu dengan air." HR Muslim, Tarmizi, an-Nasaí, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad dan Darimi

6. Tatacara melakukan mandi wajib.

  • Membasuh kedua tangan hingga ke pergelangan tangan, dengan membaca basmalah.
  • Niat mengangkat hadas besar, dengan niat; "Nawaitu rof ál hadasi akhbar, minal hidl, lillahi taala"
  • Mengambil wuduk sehingga selesai.
  • Kemudian, membasuh bahagian badan di sebelah kanan sebanyak tiga kali.
  • Kemudian, membasuh bahagian badan di sebelah kiri sebanyak tiga kali jua.
  • Kemudian meratakan air dari ubun kepala sehingga ke tapak kaki dengan berlafaz niat, "Sahaja aku mandi wajib hadas besar, kerana berhaid, kerana Allah Taala"
  • Ratakan air sehingga keseluruh tubuh dengan tidak terpegang anggota tubuh yang haram sah air sembahyang.
  • Selesai.
7. Cara pengiraan waktu iddah.
Pengiraan iddah waktu haid dapat dikategorikan melalui tempoh masa sepertimana berikut:


i.   Tempoh paling sedikit (aqollal haid); iaitu selama satu hari satu malam.
ii. Tempoh paling banyak (akhtharul haid); iaitu selama 15 hari melalui kitaran haidnya yang pertama.
iii. Tempoh kebiasaan haid (ghalibul haid); iaitu tempoh majoriti perempuan kedatangan haid. Menurut penyelidikan Imam As-Syafie adalah sebanyak 6 hingga 7 hari.

Manakala tempoh haid itu bersih dapat dikira dari hari pertama dia haid sehingga ke hari yang ke 25 hari, iaitu hari siklus haidnya yang kedua. Sama ada dia mengalami darah istihadhah ataupun tidak.

Ulamak menetapkan kaedah pengiraan haid kepada bilangan hari yang mengikut kebiasaan seseorang wanita di datangi haid berkenaan.



BAB-BAB TOHARAH




1. Apa itu Toharah.

Toharah dari maksud perkataan adalah bermaksud penyucian. Manakala dari maksud pengertiaannya pula adalah penyucian daripada hadas yang besar mahupun kecil.

Pendapat para ulama berbeza mengenai perhubungan wanita dan lelaki di dalam konteks perhubungan sesama manusia. Dalil yang menyatakan bahawa lelaki dan wanita itu haram di dalam tindakan berjabat tangan yang tidak mempunyai pertalian darah di antara satu sama lain adalah sepertimana di dalam firman Allah di dalam surah An-Nisa, ayat 43, yang bermaksud;

"Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mendekati solat ketika kamu dalam keadaan mabuk, sampai kamu sedar apa yang kamu ucapkan, dan jangan pula (kamu hampiri masjid ketika kamu dalam keadaan junub kecuali sekadar melewati jalan sahaja, sebelum kamu mandi (mandi junub). Jika kamu sakit atau sedang dalam perjalanan atau membuang air atau kamu telah menyentuh perempuan, sedangkan kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu dengan debu yang baik (suci); usaplah wajahmu dan tanganmu dengan debu itu. Sesungguhnya, Allah Maha Pemaaf, Lagi Maha Pengampun."

Perlu bagi wanita tahu bahawa bersuci itu wajib kerana firman Allah tersebut di atas adalah ditujukan kepada wanita dan lelaki di dalam maksud hadith yang menyatakan bahawa bersuci itu adalah wajib.


Para pengikut mazhab Hanafi berpendapat bahawa perkara yang dimaksudkan dengan "menyentuh perempuan" di dalam ayat di atas adalah melakukan perhubungan suami dan isteri di dalam konteks halal dan haramnya sebagaimana tersebut di dalam riwayat Aisyah R.ha, beliau berkata;


"Orang ramai yang sibuk bekerja dan tidak mempunyai pembantu, badan mereka berbau busuk, lalu dikatakan kepada mereka, eloklah kamu mandi..." - Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Di dalam hadith riwayat muslim juga ada menyatakan bahawa;

الطّهور شطرا من الإيمان

Maksudnya;

"Bersucilah kerana ia adalah sebahagian daripada iman." 

Mereka berpendapat bahawa, berjabat tangan di antara lelaki dan wanita tidak akan membatalkan wuduk kerana sentuhan kulit tidak termasuk ke dalam kategori "persetubuhan" yang dimaksudkan di dalam ayat tersebut.

Mereka berkata, "Seseorang lelaki yang berjabat tangan dengan wanita atau menciumnya, tidak membatalkan wuduknya..." Mereka bersepakat dengan perkataan hadith yang diriwayatkan oleh Aisyah bahawa Rasulullah SAW pernah mencium isteri-isteri baginda lalu terus melaksanakan solat tanpa berwuduk terlebih dahulu. 

Para pengikut mazhab Maliki berpendapat bahawa persentuhan kulit yang membatalkan wuduk adalah persentuhan yang disertai dengan hawa nafsu.



Friday, March 1, 2019

KISAH NABI MUHAMMAD MENERIMA WAHYU PERTAMA


KISAH NABI MUHAMMAD MENERIMA WAHYU PERTAMA
Sumber dari: sindonews.com
Penulis: Rusman Siregar
Diolah oleh: safirabdullah.blogspot.com


Gua Hira yang terletak di Jabal Nur, Makkah, menjadi tempat bersejarah bagi umat Islam seluruhnya. Nabi Muhammad SAW pertama kali menerima wahyunya dari Allah SWT di gua tersebut melalui perantara Malaikat Jibril AS.

Turunnya wahyu pertama daripada ayat suci Al-Quran itu menandakan bermulanya waktu kenabian nabi Muhammad SAW. Saat wahyu pertama ini diturunkan, Nabi Muhammad SAW sedang berada di Gua Hira, tiba-tiba Malaikat Jibril AS datang menyampaikan wahyu tersebut. Adapun mengenai waktu atau tanggal tepatnya kejadian tersebut, terdapat perbezaan pendapat di antara para ulama.

Sebahagian menyakini peristiwa itu terjadi pada bulan Rabiul Awal pada tanggal 8 atau 18 (tanggal 18 berdasarkan riwayat Ibnu Umar). Sebahagian lainnya pula pada bulan Rajab pada tanggal 17 atau 27 menurut riwayat Abu Hurairah. Dan lainnya adalah pada bulan Ramadhan pada tanggal 17 (Al-Bara' bin Azib) ,21 (Syekh Al-Mubarakfuriy) dan 24 (Aisyah, Jabir dan Watsilah bin Asqo'). Walaubagaimanapun, jumhur ulama meyakinkan bahawa tarikh yang benar adalah pada bulan Ramadhan pada tanggal 17 pada tahun 1218M.

Dalam shahih Al-Bukhari diceritakan, dari Aisyah RA, bahwa beliau berkata: “Permulaaan wahyu yang datang kepada Rasulullah SAW adalah dengan mimpi yang benar di dalam tidur. Dan tidaklah Beliau bermimpi kecuali datang seperti cahaya subuh. Kemudian Beliau dianugerahi kecintaan untuk menyendiri, lalu Beliau memilih Gua Hira dan bersendirian; yaitu ibadah di malam hari dalam beberapa waktu lamanya sebelum kemudian kembali kepada keluarganya untuk mempersiapkan bekal untuk menyendiri kembali.

Kemudian Beliau menemui Khadijah RA dalam keadaan mempersiapkan bekalnya. Sampai akhirnya datanglah Al-Haq saat Beliau di Gua Hira, Malaikat Jibril datang seraya berkata: “Iqra' (Bacalah)?” Beliau menjawab: “Aku tidak bisa membaca”.

Dalam hadis itu, Nabi SAW menjelaskan: “Malaikat itu memegangku dan memelukku sangat kuat kemudian melepaskanku dan berkata lagi: “Bacalah!” Beliau menjawab: “Aku tidak bisa membaca”. Maka Malaikat itu memegangku dan memelukku sangat kuat kemudian melepaskanku dan berkata lagi: “Bacalah!”

Beliau menjawab: “Aku tidak bisa membaca”. Malaikat itu memegangku kembali dan memelukku untuk ketiga kalinya dengan sangat kuat lalu melepaskanku, dan berkata lagi: (Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang Menciptakan; Dia Telah menciptakan manusia dari segumpal darah; Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah).”

Nabi SAW kembali kepada keluarganya dengan membawa kalimat wahyu tadi dalam keadaan gelisah dan ketakutan. Beliau menemui isteri tercintanya Khadijah binti Khowailid seraya berkata: “Selimuti aku, selimuti aku!”. Tanpa bertanya, Khadijah pun menyelimuti Rasulullah sehingga hilang ketakutannya.

Lalu Beliau menceritakan peristiwa yang terjadi kepada Khadijah: “Aku membimbangi diriku”. Maka Khadijah berkata: “Demi Allah, Allah tidak akan mencelakakanmu selamanya, karena engkau adalah orang yang menyambung silaturrahim.”

Khadijah kemudian mengajak Nabi Muhammad untuk bertemu dengan Waroqoh bin Naufal bin Asad bin Abdul ‘Uzza, putera lelaki Khadijah, yang beragama Nasrani di masa Jahiliyyah. Dia juga menulis kitab dalam bahasa Ibrani, juga menulis Kitab Injil dalam Bahasa Ibrani dengan izin Allah. Saat itu Waroqoh sudah tua dan matanya buta.

Khadijah berkata: “Wahai putra lelakiku, dengarkanlah apa yang akan disampaikan oleh putera saudaramu ini”. Waroqoh berkata: “Wahai putra saudaraku, apa yang sudah kamu alami”. Maka Nabi Muhammad SAW menceritakan peristiwa yang dialaminya. Waroqoh berkata: “Ini adalah Wahyu, seperti yang pernah Allah turunkan kepada Musa. Duhai seandainya aku masih muda dan aku masih hidup saat kamu nanti diusir oleh kaummu”.

Nabi Muhammad SAW bertanya: “Apakah aku akan diusir mereka?” Waroqoh menjawab: “Iya. Kerana tidak ada satu orang pun yang datang dengan membawa seperti apa yang kamu bawa ini kecuali akan menyakitimu (dimusuhimu). Seandainya aku ada saat kejadian itu, pasti aku akan menolongmu dengan sekemampuanku”. Waroqoh tidak mengalami peristiwa yang diyakininya tersebut karena lebih dahulu meninggal dunia pada masa fatroh (kekosongan) wahyu.

Ibnu Syihab berkata, telah mengabarkan kepadaku Abu Salamah bin Abdurrahman bahwa Jabir bin Abdullah Al Anshari bertutur tentang kekosongan wahyu, sebagaimana yang Rasulullah SAW ceritakan: “Ketika sedang berjalan aku mendengar suara dari langit, aku memandang ke arahnya dan ternyata Malaikat yang pernah datang kepadaku di Gua Hira, duduk di atas kursi antara langit dan bumi. Aku pun ketakutan dan pulang, dan berkata: “Selimuti aku. Selimuti aku”.

Maka Allah Ta’ala menurunkan wahyu: (Wahai orang yang berselimut) sampai firman Allah (dan berhala-berhala tinggalkanlah). Sejak saat itulah wahyu terus turun berkesinambungan dan menandai dimulainya peradaban Islam.


Wednesday, September 21, 2016

MISTERI ALAM BUNIAN


Apa itu orang bunian..? Rata-rata masyarakat mengenali mereka sebagai satu kelompok manusia yang tinggal di alam ghaib. Mereka terdiri daripada keturunan peribumi melayu yang beragama Islam. Orang bunian adalah berasal daripada keturunan jin dan manusia. Mereka dilahirkan daripada perkahwinan antara manusia dan jin. Hasil daripada perkahwinan jin dan manusia ini melahirkan anak berketurunan bunian.

Maksud bunian itu sendiri berasal daripada perkataan arab bermaksud binaan iaitu binaan daripada jin dan manusia. Jelas sekali bahawa binaan ini adalah berhasil daripada keturunan jin itu sendiri.

Mereka mempunyai bentuk fizikal yang sama seperti manusia biasa, malah mempunyai zarah yang sama sepertimana keturunan manusia. Mereka boleh ghaib dari pandangan mata manusia dan menjadi halimunan apabila berkehendak untuk menghilangkan diri daripada manusia.

Usia orang bunian tidak diketahui, namun mereka hidup boleh menjangkau umur kepada usia 58 tahun sahaja.

Orang bunian mempunyai kuasa yang luar biasa. Mereka boleh mengubati penyakit misteri. Manusia yang menerima bantuan dari orang bunian dikatakan mempunyai kehebatan luar biasa seperti dapat mengubati penyakit mistik. Mereka ini tergolong daripada dukun dan bomoh. Orang bunian suka menghadirkan diri mereka di dalam kelompok manusia, semasa manusia sedang berhibur seperti di dalam tarian kuda kepang atau wayang kulit.

Orang bunian dikatakan suka menculik kanak-kanak, bayi yang sedang di dalam kandungan wanita dan ada juga dituduh menyebabkan manusia sesat di dalam hutan.

Perkahwinan di antara orang bunian dikatakan pernah berlaku dan melahirkan zuriat keturunan hasil dari perhubungan di antara manusia.

Mereka tinggal di dalam hutan belantara. Ada juga yang tinggal di dalam kelompok manusia, namun tidak ramai.

Kalau diamati bersama, jika kita berada di alam jin, kita akan merasa seperti berada di alam ruh, tidak mempunyai jasad. Hanya angin yang mendayu, lalu dimanakah jasadnya..? 



11 TANDA JIN JATUH CINTA DENGAN ANDA



Perasaan mencintai sesama makhluk adalah perkara yang biasa dan ia merupakan fitrah kejadian manusia. Tetapi, bagaimana pula kalau yang mencintai anda adalah makhluk lain? Atau dalam erti kata lain, dalam keadaan tidak sedar, anda sebenarnya dicintai oleh makhluk jin.

Di dalam kitab “An-Nubuwwat”, Ibnu Taimiyah menjelaskan:

“Kadang-kadang jin juga boleh mencintai manusia sebagaimana manusia mencintai manusia. Sebagaimana lelaki mencintai wanita, dan wanita mencintai lelaki. Dan dengan adanya perasaan cinta itu boleh menimbulkan perasaan cemburu dan disebabkan perasaan cemburu itu boleh menyebabkan jin melakukan sesuatu terhadap manusia. Dan apabila manusia yang dicintai jin itu bersama dengan pasangannya, jin juga sanggup melakukan apa sahaja seperti mengganggu atau membunuhnya asalkan keinginan nafsunya dapat dipenuhi. Dan semua perkara di atas benar-benar berlaku”

Jadi bagaimana nak elakkan perkara begini berlaku kepada anda?

Pastikan anda selalu mengamalkan zikir yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w, khususnya doa ketika masuk ke dalam tandas dan juga doa ketika bersetubuh dengan suami atau isteri.

Kerana boleh jadi ketika anda bertelanjang dan tanpa dimulakan dengan zikir kepada Allah menjadi sebab jin jatuh cinta kepada anda.

Tahukah anda bahawa apabila seseorang manusia itu telah dicintai oleh golongan jin, akan adanya tanda-tanda pada diri manusia itu. Cuma tinggal manusia itu sedar atau tidak. Jadi dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan dengan anda 11 tanda menunjukkan ada jin yang telah jatuh cinta kepada anda.

1) Sering mimpi basah tanpa sebab. Biasanya mimpi basah ini ada sebabnya, contohnya mimpi bersetubuh yang menjadi tanda baligh bagi lelaki, mimpi kerana terlalu membayangkan sedang melakukan hubungan badan, mimpi kerana melihat sesuatu yang mengghairahkan dan sebagainya.

Sedangkan mimpi kerana gangguan jin biasanya berlaku untuk tempoh yang lama, dan apabila mimpi melakukan hubungan badan, akan terasa seperti hubungan tersebut berlaku dalam dunia sebenar, bukan mimpi. Contohnya bila selesai, anda akan berasa sangat letih dan lemas.

2) Merasakan ada bayangan seseorang yang berbaring atau tidur di sebelah anda, kebiasaannya anda akan perasan benda ini ketika sewaktu nak tidur.

3) Merasakan bayangan yang sama ketika berada di tempat tidur.

4) Tidak mahu berkahwin.

5) Tidak tertarik pada pasangan berlainan jantina.

6) Sekiranya berkahwin, anda berasa tidak selesa ketika sedang bermesra dengan pasangan.

7) Tidak ada keinginan untuk melakukan hubungan badan dengan pasangan secara fitrah. Jika dilakukan pun, ia dilakukan hanya atas dasar kewajipan sahaja sedangkan hati tidak ada keinginan.

8) Setelah melakukan hubungan badan dengan pasangan, pasangan samada suami atau isteri akan merasa sedih, sempit dadanya, sukar nak bernafas dan sebagainya. Selain itu pasangan tidak merasa sebarang keinginan dan keghairahan untuk melakukan hubungan badan bersama pasangan.

9) Sukar mendapatkan zuriat. Walaupun sudah dilakukan pemeriksaan kesuburan dan tiada masalah samada pihak suami atau isteri. Selain itu anda juga selalu bermimpi di mana di dalam mimpi tersebut akan bertemu dan menggendong bayi.

10) Anda kerap bermimpi di mana di dalam mimpi tersebut anda dipaksa berkahwin dengan seseorang.

11) Mempunyai dorongan dan keinginan yang kuat untuk melakukan onani / masturbasi.

Bagaimana? Ada tak tanda-tanda di atas pada diri anda? Jika anda, jangan bertangguh lagi. Berjumpalah dengan mana-mana perawat dan dapatkan bantuan mereka untuk merawat anda.

Semoga Allah melindungi diri dan keluarga kita dari kejahatan makhluk-Nya samada dari kalangan jin ataupun manusia.

Sumber ilhamku 


Tuesday, May 17, 2016

BAB-BAB SIHIR




Sihir itu adalah perbuatan yang menyekutui daripada perhambaannya kepada Allah. Sihir itu adalah perbuatan syirik kerana seseorang yang mengamalkan sihir, ia terpaksa melakukan sesuatu perbuatan yang melanggar ajaran atau sunnah nabi SAW. Perbuatan menyekutui daripada ajaran Allah SWT dan sunnah  Nabi Muhammad SAW itu adalah sama seperti perbuatan mengamalkan sihir iaitu ilmu hitam.

Sebagai seorang yang abid, tidaklah kita memandang sesuatu melainkan dengan kaca mata syariat, terlebih dalam perkara-perkara ghaib, seperti sihir dan seangkatan dengannya.

Bagaimanakah syariat Islam memandang dunia sihir dan si tukang sihir itu menurut pandangan Islam..?

Pengertian Sihir:
Pengertian sihir dari segi bahasa ialah memalingkan sesuatu benda dari hakikat yang sebenarnya sebagai contoh menjadikan seseorang itu nampak cantik; namun, keadaan sebenarnya adalah hodoh dan hitam.

Pengertian sihir menurut pandangan para ulama pula menyatakan bahawa perbuatan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar dan tidak mempunyai haknya yang sebenar.

Menurut pandangan Ibn. Qudamah Al-Madisi berkata; Sihir itu adalah berupa buhul-buhul tali, mentera dan perkataan yang diucapkan atau ditulis atau membuat sesuatu yang dapat mempengaruhi seseorang yang disihir baik pada hati dan akal fikirannya tanpa disentuh secara langsung.

Sihir itu terlaksana apabila si tukang sihir mengabdikan dirinya kepada jin dan syaitan dan melakukan suatu ritual sehingga syaitan sanggup menyekutu dengannya.

Ciri-ciri seseorang itu menyekutu dirinya dengan jin dan iblis adalah sepertimana berikut:

  1. Menjadikan ayat Al-Quran sebagai habuannya kepada makhluk halus.
  2. Menulis ayat Al-Quran dalam keadaan terbalik.
  3. Memijak masyaf Al-Quran dengan menggunakan kaki.
  4. Melakukan penyembelihan haiwan dengan menyebut kata-kata yang tidak difahami.
  5. Melakukan persetubuhan dengan ibu kandung atau anak kandungnya sendiri.
  6. Bercakap dengan binatang-binatang dan menyembah kepadanya.

Untuk kita ketahui, bahawa jin tidak akan memberikan bantuan kepada si tukang sihir atau menjadi pesuruhnya kecuali dengan mendapatkan sesuatu balasan.

Petikan daripada firman Allah di dalam surah Al-Jin, ayat 5 dan 6.

“Dan sesungguhnya kami mengira, bahawa manusia dan jin tidak akan menyatakan perkataan yang dusta terhadap Allah; Dan sesungguhnya, ada beberapa orang lelaki dikalangan manusia yang meminta bantuan kepada bebrapa orang lelaki dari kalangan jin, tetapi mereka (jin) menjadikan mereka (manusia) berambah sesat.”

Jika berlaku kekufuran, yakni manusia sudah menjadikan jin dan iblis sebagai hambanya, maka seseorang itu menjadi semakin sesat dan terus tersasar dari ajaran Islam.

Si tukang sihir dan syaitan adalah dua makhluk yang bekerjasama untuk membuat kemaksiatan kepada Allah.

Cahaya yang hilang diraut wajah seseorang itu dapat kita kenal pasti kerana penyatuannya bersama syaitan dan iblis. Raut wajah mereka kelihatan suram dan gelap. Di wajah mereka terdapat sesuatu yang dapat kita ketahui bahawa tidak ada nur yang bersinar diwajahnya.

Di dalam kehidupan rumahtangga yang selalu bergolak, syaitan akan menguasai diri mereka, lalu, membuat huru-hara sehingga suasana ruh di dalam keluarga itu saling benci membenci dan saling bercakaran.

Hidup mereka sentiasa dirunding masalah, hati mereka merasa cemas dan tidak tenteram. Seseorang yang diselaputi oleh ruh syaitan; mereka sentiasa berkelahi antara suatu pihak yang lain kerana seruan dari iblis itu sudah sebati di dalam ruhnya.

Sebagaimana firman Allah di dalam surah Thoha, ayat 124, yang bermaksud:

“Dan barang siapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya bagi mereka kehidupan yang sempit.”

Wallahu ‘alam.