Apa itu orang bunian..? Rata-rata
masyarakat mengenali mereka sebagai satu kelompok manusia yang tinggal di alam
ghaib. Mereka terdiri daripada keturunan peribumi melayu yang beragama Islam.
Orang bunian adalah berasal daripada keturunan jin dan manusia. Mereka
dilahirkan daripada perkahwinan antara manusia dan jin. Hasil daripada
perkahwinan jin dan manusia ini melahirkan anak berketurunan bunian.
Maksud bunian itu sendiri berasal
daripada perkataan arab bermaksud binaan iaitu binaan daripada jin dan manusia.
Jelas sekali bahawa binaan ini adalah berhasil daripada keturunan jin itu
sendiri.
Mereka mempunyai bentuk fizikal
yang sama seperti manusia biasa, malah mempunyai zarah yang sama sepertimana
keturunan manusia. Mereka boleh ghaib dari pandangan mata manusia dan menjadi
halimunan apabila berkehendak untuk menghilangkan diri daripada manusia.
Usia orang bunian tidak
diketahui, namun mereka hidup boleh menjangkau umur kepada usia 58 tahun sahaja.
Orang bunian mempunyai kuasa yang
luar biasa. Mereka boleh mengubati penyakit misteri. Manusia yang menerima
bantuan dari orang bunian dikatakan mempunyai kehebatan luar biasa seperti dapat
mengubati penyakit mistik. Mereka ini tergolong daripada dukun dan bomoh. Orang
bunian suka menghadirkan diri mereka di dalam kelompok manusia, semasa manusia
sedang berhibur seperti di dalam tarian kuda kepang atau wayang kulit.
Orang bunian dikatakan suka
menculik kanak-kanak, bayi yang sedang di dalam kandungan wanita dan ada juga
dituduh menyebabkan manusia sesat di dalam hutan.
Perkahwinan di antara orang
bunian dikatakan pernah berlaku dan melahirkan zuriat keturunan hasil dari
perhubungan di antara manusia.
Mereka tinggal di dalam hutan
belantara. Ada juga yang tinggal di dalam kelompok manusia, namun tidak ramai.
Kalau diamati bersama, jika kita
berada di alam jin, kita akan merasa seperti berada di alam ruh, tidak
mempunyai jasad. Hanya angin yang mendayu, lalu dimanakah jasadnya..?
No comments:
Post a Comment