Sihir itu adalah perbuatan yang menyekutui daripada
perhambaannya kepada Allah. Sihir itu adalah perbuatan syirik kerana seseorang
yang mengamalkan sihir, ia terpaksa melakukan sesuatu perbuatan yang melanggar
ajaran atau sunnah nabi SAW. Perbuatan menyekutui daripada ajaran Allah SWT dan
sunnah Nabi Muhammad SAW itu adalah sama
seperti perbuatan mengamalkan sihir iaitu ilmu hitam.
Sebagai seorang yang abid, tidaklah kita memandang
sesuatu melainkan dengan kaca mata syariat, terlebih dalam perkara-perkara
ghaib, seperti sihir dan seangkatan dengannya.
Bagaimanakah syariat Islam memandang dunia sihir dan
si tukang sihir itu menurut pandangan Islam..?
Pengertian
Sihir:
Pengertian sihir dari segi bahasa ialah memalingkan
sesuatu benda dari hakikat yang sebenarnya sebagai contoh menjadikan seseorang
itu nampak cantik; namun, keadaan sebenarnya adalah hodoh dan hitam.
Pengertian sihir menurut pandangan para ulama pula
menyatakan bahawa perbuatan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar dan tidak
mempunyai haknya yang sebenar.
Menurut pandangan Ibn. Qudamah Al-Madisi berkata;
Sihir itu adalah berupa buhul-buhul tali, mentera dan perkataan yang diucapkan
atau ditulis atau membuat sesuatu yang dapat mempengaruhi seseorang yang
disihir baik pada hati dan akal fikirannya tanpa disentuh secara langsung.
Sihir itu terlaksana apabila si tukang sihir
mengabdikan dirinya kepada jin dan syaitan dan melakukan suatu ritual sehingga
syaitan sanggup menyekutu dengannya.
Ciri-ciri seseorang itu menyekutu dirinya dengan jin
dan iblis adalah sepertimana berikut:
- Menjadikan ayat Al-Quran sebagai habuannya kepada makhluk halus.
- Menulis ayat Al-Quran dalam keadaan terbalik.
- Memijak masyaf Al-Quran dengan menggunakan kaki.
- Melakukan penyembelihan haiwan dengan menyebut kata-kata yang tidak difahami.
- Melakukan persetubuhan dengan ibu kandung atau anak kandungnya sendiri.
- Bercakap dengan binatang-binatang dan menyembah kepadanya.
Untuk kita ketahui, bahawa jin tidak akan memberikan
bantuan kepada si tukang sihir atau menjadi pesuruhnya kecuali dengan mendapatkan
sesuatu balasan.
Petikan daripada firman Allah di dalam surah Al-Jin, ayat 5 dan 6.
“Dan
sesungguhnya kami mengira, bahawa manusia dan jin tidak akan menyatakan
perkataan yang dusta terhadap Allah; Dan sesungguhnya, ada beberapa orang
lelaki dikalangan manusia yang meminta bantuan kepada bebrapa orang lelaki dari
kalangan jin, tetapi mereka (jin) menjadikan mereka (manusia) berambah sesat.”
Jika berlaku kekufuran, yakni manusia sudah
menjadikan jin dan iblis sebagai hambanya, maka seseorang itu menjadi semakin
sesat dan terus tersasar dari ajaran Islam.
Si tukang sihir dan syaitan adalah dua makhluk yang
bekerjasama untuk membuat kemaksiatan kepada Allah.
Cahaya yang hilang diraut wajah seseorang itu dapat
kita kenal pasti kerana penyatuannya bersama syaitan dan iblis. Raut wajah
mereka kelihatan suram dan gelap. Di wajah mereka terdapat sesuatu yang dapat
kita ketahui bahawa tidak ada nur yang bersinar diwajahnya.
Di dalam kehidupan rumahtangga yang selalu bergolak,
syaitan akan menguasai diri mereka, lalu, membuat huru-hara sehingga suasana
ruh di dalam keluarga itu saling benci membenci dan saling bercakaran.
Hidup mereka sentiasa dirunding masalah, hati mereka
merasa cemas dan tidak tenteram. Seseorang yang diselaputi oleh ruh syaitan;
mereka sentiasa berkelahi antara suatu pihak yang lain kerana seruan dari iblis
itu sudah sebati di dalam ruhnya.
Sebagaimana firman Allah di dalam surah Thoha, ayat 124, yang bermaksud:
“Dan barang
siapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya bagi mereka
kehidupan yang sempit.”
Wallahu ‘alam.
No comments:
Post a Comment