1. Apa itu Toharah.
Toharah dari maksud perkataan adalah bermaksud penyucian. Manakala dari maksud pengertiaannya pula adalah penyucian daripada hadas yang besar mahupun kecil.
Pendapat para ulama berbeza mengenai perhubungan wanita dan lelaki di dalam konteks perhubungan sesama manusia. Dalil yang menyatakan bahawa lelaki dan wanita itu haram di dalam tindakan berjabat tangan yang tidak mempunyai pertalian darah di antara satu sama lain adalah sepertimana di dalam firman Allah di dalam surah An-Nisa, ayat 43, yang bermaksud;
"Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mendekati solat ketika kamu dalam keadaan mabuk, sampai kamu sedar apa yang kamu ucapkan, dan jangan pula (kamu hampiri masjid ketika kamu dalam keadaan junub kecuali sekadar melewati jalan sahaja, sebelum kamu mandi (mandi junub). Jika kamu sakit atau sedang dalam perjalanan atau membuang air atau kamu telah menyentuh perempuan, sedangkan kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu dengan debu yang baik (suci); usaplah wajahmu dan tanganmu dengan debu itu. Sesungguhnya, Allah Maha Pemaaf, Lagi Maha Pengampun."
Perlu bagi wanita tahu bahawa bersuci itu wajib kerana firman Allah tersebut di atas adalah ditujukan kepada wanita dan lelaki di dalam maksud hadith yang menyatakan bahawa bersuci itu adalah wajib.
Para pengikut mazhab Hanafi berpendapat bahawa perkara yang dimaksudkan dengan "menyentuh perempuan" di dalam ayat di atas adalah melakukan perhubungan suami dan isteri di dalam konteks halal dan haramnya sebagaimana tersebut di dalam riwayat Aisyah R.ha, beliau berkata;
"Orang ramai yang sibuk bekerja dan tidak mempunyai pembantu, badan mereka berbau busuk, lalu dikatakan kepada mereka, eloklah kamu mandi..." - Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.
Di dalam hadith riwayat muslim juga ada menyatakan bahawa;
الطّهور شطرا من الإيمان
Maksudnya;
"Bersucilah kerana ia adalah sebahagian daripada iman."
Mereka berpendapat bahawa, berjabat tangan di antara lelaki dan wanita tidak akan membatalkan wuduk kerana sentuhan kulit tidak termasuk ke dalam kategori "persetubuhan" yang dimaksudkan di dalam ayat tersebut.
Mereka berkata, "Seseorang lelaki yang berjabat tangan dengan wanita atau menciumnya, tidak membatalkan wuduknya..." Mereka bersepakat dengan perkataan hadith yang diriwayatkan oleh Aisyah bahawa Rasulullah SAW pernah mencium isteri-isteri baginda lalu terus melaksanakan solat tanpa berwuduk terlebih dahulu.
Para pengikut mazhab Maliki berpendapat bahawa persentuhan kulit yang membatalkan wuduk adalah persentuhan yang disertai dengan hawa nafsu.