Showing posts with label fiqh islami. Show all posts
Showing posts with label fiqh islami. Show all posts

Friday, December 10, 2021

Al-Qorun : Adakah ia Tanggungjawab Kita Untuk Memikulnya Jua.

 


Apa itu al-qoruni..? Ia adalah makhluk yang memerintah. Yang dinamakan sebagai makhluk yang memerintah adalah kerana ia sukakan makhluk hawa dan adam yang mahrem. Adakah ia makhluk yang harus kita teladani..? Menurut kata ahli fikir, di manakah al-qoruni berada..? Ia berada di dalam pemerintahan yang agung..!!

Kenapa ia dikatakan sebagai makhluk yang digeruni..? Ia adalah kerana ia adalah sebahagian daripada makhluk manusia oleh kerana ia dijelmakan oleh syaitan yang memerintah akalnya. Kenapa ia berkelakuan begitu..? Adakah kerana ia mempunyai akal tetapi ia tidak mempunyai jiwa. Jiwa yang mekar adalah jiwa yang meruntun kepada ketuhanan. Kenapa ia perlu kepada keadaan sedemikian..? Kerana ia adalah jiwa yang satu, iaitu jiwa yang mahu menegakkan keadilan.

Cuba pembaca yang budiman mengamatinya bersama, di mana kehendaknya berkeadaan sedemikian..? Ini kerana dia berada di dalam dunia khayalannya. Adakah kita sebagai hamba, perlu untuk melaksanakannya sepertimana yang pernah berlaku kepada marhaya yang telah dipasungkan di dalam akal fikiran manusia.

Cuba tanya kepada rasa, apa kata tuan..?

Pengemblengan akal bermula daripada pucuknya. Walhal ia sebenarnya diterbitkan oleh deria pendengaran dan deria pemerhatian yang mampan. Di mana kamu berada, wahai saudara-saudari sekalian..?

Sila perdengarkan wahyu yang agung.

Pendengaran kepada ibu dan bapa adalah amanat daripada yang maha agung. Di mana tuhan memerintah kita untuk melaksanakannya. Dalil daripada quran dan sunnah daripada junjungan Nabi SAW menyatakan:

"Tidak beriman seseorang itu jika ia tidak menghormati ibu dan bapa; sama seperti ia menghormati dirinya sendiri." - Hadith riwayat Ibnu Majah.


Hamba berpaut kepada Allah. Maka, Allah memberi penghidupannya.


Ilham ilahi.

Friday, September 6, 2019

BAB HAID - SIKLUS PENGIRAANNYA



1. Apa Itu Darah Haid..?
Haid dari segi bahasa ialah pengaliran darah. Manakala maksud dari segi pengertiannya pula adalah darah yang mengalir keluar dari kemaluan wanita dari dalam rahim (uterus) kerana akibat semulajadinya, iaitu bukan kerana penyakit atau bukan kerana selepas melahirkan anak. Ianya keluar dari masa-masa tertentu apabila seorang wanita itu telah mencapai umur balighnya.

2. Bagaimana keadaan darah haid itu..?
Darah haid keluar mengikut kadar warnanya, iaitu merah darah, coklat, kekuningan, hitam dan asyqar (warna antara merah dan kuning). Menurut jumhur ulamak.

3. Kenapa ia dikatakan darah haid, bukan darah istihadhah atau darah nifas..?
Ianya dikatakan darah haid kerana ia keluar melalui kemaluannya, bukan melalui saluran najisnya kerana ianya mengikut siklus yang akan dibahaskan di bawah.

4. Dalil yang menyatakan bahawa harus untuk mandi selepas ianya bersih.
Wajib untuk kita membersihkan diri dari najis kerana ianya adalah tergolong daripada najis berat iaitu najis yang besar. Dalil yang terdapat di dalam maksud Al-Quran, surah Al-Maidah, ayat ke-6 , sepertimana di bawah;

وإن كنتم جُنُبًا فَٱطَّهَّرُواْ

Maksudnya : 

"…jika kamu itu dalam keadaan berjunub (hadas besar) maka bersucilah…"

5. Kaedah Mandi Wajib.
Ada banyak kaedah yang telah disepakati oleh para jumhur ulamak di dalam menangani bab bab mandi wajib; menurut hadith yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW;

"Lelaki harus menyela rambutnya dan membasahinya hingga ke kulit kepala, sedangkan wanita tidak harus mengurai rambutnya. Cukup ia membasuh kepalanya dengan tiga kali siraman air menggunakan kedua telapak tangan." Hadith Riwayat Abu Dawud.

"Ummu Salamah berkata kepada Rasulullah SAW, "Wahai Rasulullah! Aku terbiasa mengikat rambutku dengan kuat. Haruskah aku melepaskannya ketika sedang mandi wajib? Rasulullah menjawab, "Tidak." Cukup bagimu membasuh kepala dengan tiga kali siraman air melalui kedua-dua telapak tanganmu. Kemudian engkau siram seluruh badanmu dengan air." HR Muslim, Tarmizi, an-Nasaí, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad dan Darimi

6. Tatacara melakukan mandi wajib.

  • Membasuh kedua tangan hingga ke pergelangan tangan, dengan membaca basmalah.
  • Niat mengangkat hadas besar, dengan niat; "Nawaitu rof ál hadasi akhbar, minal hidl, lillahi taala"
  • Mengambil wuduk sehingga selesai.
  • Kemudian, membasuh bahagian badan di sebelah kanan sebanyak tiga kali.
  • Kemudian, membasuh bahagian badan di sebelah kiri sebanyak tiga kali jua.
  • Kemudian meratakan air dari ubun kepala sehingga ke tapak kaki dengan berlafaz niat, "Sahaja aku mandi wajib hadas besar, kerana berhaid, kerana Allah Taala"
  • Ratakan air sehingga keseluruh tubuh dengan tidak terpegang anggota tubuh yang haram sah air sembahyang.
  • Selesai.
7. Cara pengiraan waktu iddah.
Pengiraan iddah waktu haid dapat dikategorikan melalui tempoh masa sepertimana berikut:


i.   Tempoh paling sedikit (aqollal haid); iaitu selama satu hari satu malam.
ii. Tempoh paling banyak (akhtharul haid); iaitu selama 15 hari melalui kitaran haidnya yang pertama.
iii. Tempoh kebiasaan haid (ghalibul haid); iaitu tempoh majoriti perempuan kedatangan haid. Menurut penyelidikan Imam As-Syafie adalah sebanyak 6 hingga 7 hari.

Manakala tempoh haid itu bersih dapat dikira dari hari pertama dia haid sehingga ke hari yang ke 25 hari, iaitu hari siklus haidnya yang kedua. Sama ada dia mengalami darah istihadhah ataupun tidak.

Ulamak menetapkan kaedah pengiraan haid kepada bilangan hari yang mengikut kebiasaan seseorang wanita di datangi haid berkenaan.