Mandi wajib adalah mandi yang diharuskan bagi seseorang yang berjunub, mahupun junuh besar ataupun junub kecil. Ianya adalah wahyu daripada Allah. Kepentingan mandi itu wajib apabila jatuhnya hukum syarak iaitu wajib dan sah.
Allah SWT mensyariatkan mandi wajib bagi seseorang yang berjunub
sebelum melakukan beberapa ibadah seperti bersolat, tawaf, memegang mushaf
al-Quran, beriktikaf di masjid dan seumpamanya berdasarkan firman Allah di
dalam al-Quran:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ
آمَنُوا لَا تَقْرَبُوا الصَّلَاةَ وَأَنتُمْ سُكَارَىٰ حَتَّىٰ تَعْلَمُوا مَا
تَقُولُونَ وَلَا جُنُبًا إِلَّا عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىٰ تَغْتَسِلُوا ۚ
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu
hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan berjunub, hingga
kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula
(kamu menghampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub (berhadas besar) - kecuali
kamu hendak melintas sahaja sehingga kamu mandi bersuci.
(Surah al-Nisa’: 43)
Begitu juga, firman Allah SWT lagi:
وَإِن كُنتُمْ جُنُبًا
فَاطَّهَّرُوا ۚ
Maksudnya: Dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib.
(Surah al-Maidah: 6)
Para ulama’ telah menetapkan beberapa perkara yang menyebabkan
wajibnya mandi keatas seseorang sebelum dia melaksanakan ibadah.
Perkara-perkara tersebut sepertimana yang disebut di dalam kitab al-Taqrirat
al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah ialah:
- Berjimak.
- Keluar
air mani.
- Keluar
darah Haid.
- Keluar
darah Nifas.
- Keluar
darah Wiladah.
- Mati.
Selain daripada itu, para ulama’ meletakkan syarat fardu bagi
mandi wajib hanya tiga, iaitu:
- Niat.
- Menghilangkan
najis jika sekiranya ada pada badan.
- Meratakan
air ke seluruh rambut (bulu-bulu) dan badan.
Berkaitan perbahasan niat, perbuatan berniat hendaklah dilakukan
ketika membasuh basuhan pertama keatas anggota badan. Manakala berkaitan
bilangan niat untuk sebab-sebab hadas yang banyak, sumber menyatakan bahawa di dalam kitabnya ini dengan menyatakan bahawa:
مَسْأَلَةٌ (1): إِذَا
اجْتَمَعَ عَلَيْه غُسْلَانِ وَاجِبَانِ فَأَكْثَرَ (كَالجِمَاعِ وَ خُرُوجِ
المَنِيّ) فَهَلْ تَكْفِي عَنْهُمَا نِيَّةُ وَاحِدَةٌ؟
الجواب: نَعَمْ تَكْفِى
نِيَّةٌ وَاحِدَةٌ لَهُمَا. وَ مِثْلُهُ فِي غُسْلِ السُنَّةِ
Maksudnya: Permasalahan 1: Jika sekiranya berkumpul dua atau lebih sebab yang menyebabkan wajib untuk mandi junub seperti jima’ dan keluar air mani contohnya, adakah memadai dengan satu niat sahaja. Jawapan: Ya, memadai dengan satu niat sahaja bagi kedua-dua sebab tersebut. Sama juga bagi mandi sunat (iaitu memadai satu niat sahaja untuk dua mandi sunat).
Berdasarkan perbincangan dan perbahasan di atas, kami menyimpulkan
bahawa cukup sekadar satu niat sahaja untuk mandi wajib tersebut bagi
dua atau lebih sebab yang mewajibkan mandi bagi seseorang tersebut adalah benar. Justeru,
tidak perlu untuk dia berniat untuk mandi wajib bagi dua hadas seperti hadas
jima’ dan keluar darah haid. Semoga Allah SWT memberikan kita kefahaman
terhadapnya serta memberikan kita taufiq dan hidayah untuk mengamalkan
syari’at-Nya dengan sebaiknya. Amin.
Ilalliqa'
Sumber ilhamku.