Friday, March 1, 2019

KISAH NABI MUHAMMAD MENERIMA WAHYU PERTAMA


KISAH NABI MUHAMMAD MENERIMA WAHYU PERTAMA
Sumber dari: sindonews.com
Penulis: Rusman Siregar
Diolah oleh: safirabdullah.blogspot.com


Gua Hira yang terletak di Jabal Nur, Makkah, menjadi tempat bersejarah bagi umat Islam seluruhnya. Nabi Muhammad SAW pertama kali menerima wahyunya dari Allah SWT di gua tersebut melalui perantara Malaikat Jibril AS.

Turunnya wahyu pertama daripada ayat suci Al-Quran itu menandakan bermulanya waktu kenabian nabi Muhammad SAW. Saat wahyu pertama ini diturunkan, Nabi Muhammad SAW sedang berada di Gua Hira, tiba-tiba Malaikat Jibril AS datang menyampaikan wahyu tersebut. Adapun mengenai waktu atau tanggal tepatnya kejadian tersebut, terdapat perbezaan pendapat di antara para ulama.

Sebahagian menyakini peristiwa itu terjadi pada bulan Rabiul Awal pada tanggal 8 atau 18 (tanggal 18 berdasarkan riwayat Ibnu Umar). Sebahagian lainnya pula pada bulan Rajab pada tanggal 17 atau 27 menurut riwayat Abu Hurairah. Dan lainnya adalah pada bulan Ramadhan pada tanggal 17 (Al-Bara' bin Azib) ,21 (Syekh Al-Mubarakfuriy) dan 24 (Aisyah, Jabir dan Watsilah bin Asqo'). Walaubagaimanapun, jumhur ulama meyakinkan bahawa tarikh yang benar adalah pada bulan Ramadhan pada tanggal 17 pada tahun 1218M.

Dalam shahih Al-Bukhari diceritakan, dari Aisyah RA, bahwa beliau berkata: “Permulaaan wahyu yang datang kepada Rasulullah SAW adalah dengan mimpi yang benar di dalam tidur. Dan tidaklah Beliau bermimpi kecuali datang seperti cahaya subuh. Kemudian Beliau dianugerahi kecintaan untuk menyendiri, lalu Beliau memilih Gua Hira dan bersendirian; yaitu ibadah di malam hari dalam beberapa waktu lamanya sebelum kemudian kembali kepada keluarganya untuk mempersiapkan bekal untuk menyendiri kembali.

Kemudian Beliau menemui Khadijah RA dalam keadaan mempersiapkan bekalnya. Sampai akhirnya datanglah Al-Haq saat Beliau di Gua Hira, Malaikat Jibril datang seraya berkata: “Iqra' (Bacalah)?” Beliau menjawab: “Aku tidak bisa membaca”.

Dalam hadis itu, Nabi SAW menjelaskan: “Malaikat itu memegangku dan memelukku sangat kuat kemudian melepaskanku dan berkata lagi: “Bacalah!” Beliau menjawab: “Aku tidak bisa membaca”. Maka Malaikat itu memegangku dan memelukku sangat kuat kemudian melepaskanku dan berkata lagi: “Bacalah!”

Beliau menjawab: “Aku tidak bisa membaca”. Malaikat itu memegangku kembali dan memelukku untuk ketiga kalinya dengan sangat kuat lalu melepaskanku, dan berkata lagi: (Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang Menciptakan; Dia Telah menciptakan manusia dari segumpal darah; Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah).”

Nabi SAW kembali kepada keluarganya dengan membawa kalimat wahyu tadi dalam keadaan gelisah dan ketakutan. Beliau menemui isteri tercintanya Khadijah binti Khowailid seraya berkata: “Selimuti aku, selimuti aku!”. Tanpa bertanya, Khadijah pun menyelimuti Rasulullah sehingga hilang ketakutannya.

Lalu Beliau menceritakan peristiwa yang terjadi kepada Khadijah: “Aku membimbangi diriku”. Maka Khadijah berkata: “Demi Allah, Allah tidak akan mencelakakanmu selamanya, karena engkau adalah orang yang menyambung silaturrahim.”

Khadijah kemudian mengajak Nabi Muhammad untuk bertemu dengan Waroqoh bin Naufal bin Asad bin Abdul ‘Uzza, putera lelaki Khadijah, yang beragama Nasrani di masa Jahiliyyah. Dia juga menulis kitab dalam bahasa Ibrani, juga menulis Kitab Injil dalam Bahasa Ibrani dengan izin Allah. Saat itu Waroqoh sudah tua dan matanya buta.

Khadijah berkata: “Wahai putra lelakiku, dengarkanlah apa yang akan disampaikan oleh putera saudaramu ini”. Waroqoh berkata: “Wahai putra saudaraku, apa yang sudah kamu alami”. Maka Nabi Muhammad SAW menceritakan peristiwa yang dialaminya. Waroqoh berkata: “Ini adalah Wahyu, seperti yang pernah Allah turunkan kepada Musa. Duhai seandainya aku masih muda dan aku masih hidup saat kamu nanti diusir oleh kaummu”.

Nabi Muhammad SAW bertanya: “Apakah aku akan diusir mereka?” Waroqoh menjawab: “Iya. Kerana tidak ada satu orang pun yang datang dengan membawa seperti apa yang kamu bawa ini kecuali akan menyakitimu (dimusuhimu). Seandainya aku ada saat kejadian itu, pasti aku akan menolongmu dengan sekemampuanku”. Waroqoh tidak mengalami peristiwa yang diyakininya tersebut karena lebih dahulu meninggal dunia pada masa fatroh (kekosongan) wahyu.

Ibnu Syihab berkata, telah mengabarkan kepadaku Abu Salamah bin Abdurrahman bahwa Jabir bin Abdullah Al Anshari bertutur tentang kekosongan wahyu, sebagaimana yang Rasulullah SAW ceritakan: “Ketika sedang berjalan aku mendengar suara dari langit, aku memandang ke arahnya dan ternyata Malaikat yang pernah datang kepadaku di Gua Hira, duduk di atas kursi antara langit dan bumi. Aku pun ketakutan dan pulang, dan berkata: “Selimuti aku. Selimuti aku”.

Maka Allah Ta’ala menurunkan wahyu: (Wahai orang yang berselimut) sampai firman Allah (dan berhala-berhala tinggalkanlah). Sejak saat itulah wahyu terus turun berkesinambungan dan menandai dimulainya peradaban Islam.


Wednesday, September 21, 2016

MISTERI ALAM BUNIAN


Apa itu orang bunian..? Rata-rata masyarakat mengenali mereka sebagai satu kelompok manusia yang tinggal di alam ghaib. Mereka terdiri daripada keturunan peribumi melayu yang beragama Islam. Orang bunian adalah berasal daripada keturunan jin dan manusia. Mereka dilahirkan daripada perkahwinan antara manusia dan jin. Hasil daripada perkahwinan jin dan manusia ini melahirkan anak berketurunan bunian.

Maksud bunian itu sendiri berasal daripada perkataan arab bermaksud binaan iaitu binaan daripada jin dan manusia. Jelas sekali bahawa binaan ini adalah berhasil daripada keturunan jin itu sendiri.

Mereka mempunyai bentuk fizikal yang sama seperti manusia biasa, malah mempunyai zarah yang sama sepertimana keturunan manusia. Mereka boleh ghaib dari pandangan mata manusia dan menjadi halimunan apabila berkehendak untuk menghilangkan diri daripada manusia.

Usia orang bunian tidak diketahui, namun mereka hidup boleh menjangkau umur kepada usia 58 tahun sahaja.

Orang bunian mempunyai kuasa yang luar biasa. Mereka boleh mengubati penyakit misteri. Manusia yang menerima bantuan dari orang bunian dikatakan mempunyai kehebatan luar biasa seperti dapat mengubati penyakit mistik. Mereka ini tergolong daripada dukun dan bomoh. Orang bunian suka menghadirkan diri mereka di dalam kelompok manusia, semasa manusia sedang berhibur seperti di dalam tarian kuda kepang atau wayang kulit.

Orang bunian dikatakan suka menculik kanak-kanak, bayi yang sedang di dalam kandungan wanita dan ada juga dituduh menyebabkan manusia sesat di dalam hutan.

Perkahwinan di antara orang bunian dikatakan pernah berlaku dan melahirkan zuriat keturunan hasil dari perhubungan di antara manusia.

Mereka tinggal di dalam hutan belantara. Ada juga yang tinggal di dalam kelompok manusia, namun tidak ramai.

Kalau diamati bersama, jika kita berada di alam jin, kita akan merasa seperti berada di alam ruh, tidak mempunyai jasad. Hanya angin yang mendayu, lalu dimanakah jasadnya..? 



11 TANDA JIN JATUH CINTA DENGAN ANDA



Perasaan mencintai sesama makhluk adalah perkara yang biasa dan ia merupakan fitrah kejadian manusia. Tetapi, bagaimana pula kalau yang mencintai anda adalah makhluk lain? Atau dalam erti kata lain, dalam keadaan tidak sedar, anda sebenarnya dicintai oleh makhluk jin.

Di dalam kitab “An-Nubuwwat”, Ibnu Taimiyah menjelaskan:

“Kadang-kadang jin juga boleh mencintai manusia sebagaimana manusia mencintai manusia. Sebagaimana lelaki mencintai wanita, dan wanita mencintai lelaki. Dan dengan adanya perasaan cinta itu boleh menimbulkan perasaan cemburu dan disebabkan perasaan cemburu itu boleh menyebabkan jin melakukan sesuatu terhadap manusia. Dan apabila manusia yang dicintai jin itu bersama dengan pasangannya, jin juga sanggup melakukan apa sahaja seperti mengganggu atau membunuhnya asalkan keinginan nafsunya dapat dipenuhi. Dan semua perkara di atas benar-benar berlaku”

Jadi bagaimana nak elakkan perkara begini berlaku kepada anda?

Pastikan anda selalu mengamalkan zikir yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w, khususnya doa ketika masuk ke dalam tandas dan juga doa ketika bersetubuh dengan suami atau isteri.

Kerana boleh jadi ketika anda bertelanjang dan tanpa dimulakan dengan zikir kepada Allah menjadi sebab jin jatuh cinta kepada anda.

Tahukah anda bahawa apabila seseorang manusia itu telah dicintai oleh golongan jin, akan adanya tanda-tanda pada diri manusia itu. Cuma tinggal manusia itu sedar atau tidak. Jadi dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan dengan anda 11 tanda menunjukkan ada jin yang telah jatuh cinta kepada anda.

1) Sering mimpi basah tanpa sebab. Biasanya mimpi basah ini ada sebabnya, contohnya mimpi bersetubuh yang menjadi tanda baligh bagi lelaki, mimpi kerana terlalu membayangkan sedang melakukan hubungan badan, mimpi kerana melihat sesuatu yang mengghairahkan dan sebagainya.

Sedangkan mimpi kerana gangguan jin biasanya berlaku untuk tempoh yang lama, dan apabila mimpi melakukan hubungan badan, akan terasa seperti hubungan tersebut berlaku dalam dunia sebenar, bukan mimpi. Contohnya bila selesai, anda akan berasa sangat letih dan lemas.

2) Merasakan ada bayangan seseorang yang berbaring atau tidur di sebelah anda, kebiasaannya anda akan perasan benda ini ketika sewaktu nak tidur.

3) Merasakan bayangan yang sama ketika berada di tempat tidur.

4) Tidak mahu berkahwin.

5) Tidak tertarik pada pasangan berlainan jantina.

6) Sekiranya berkahwin, anda berasa tidak selesa ketika sedang bermesra dengan pasangan.

7) Tidak ada keinginan untuk melakukan hubungan badan dengan pasangan secara fitrah. Jika dilakukan pun, ia dilakukan hanya atas dasar kewajipan sahaja sedangkan hati tidak ada keinginan.

8) Setelah melakukan hubungan badan dengan pasangan, pasangan samada suami atau isteri akan merasa sedih, sempit dadanya, sukar nak bernafas dan sebagainya. Selain itu pasangan tidak merasa sebarang keinginan dan keghairahan untuk melakukan hubungan badan bersama pasangan.

9) Sukar mendapatkan zuriat. Walaupun sudah dilakukan pemeriksaan kesuburan dan tiada masalah samada pihak suami atau isteri. Selain itu anda juga selalu bermimpi di mana di dalam mimpi tersebut akan bertemu dan menggendong bayi.

10) Anda kerap bermimpi di mana di dalam mimpi tersebut anda dipaksa berkahwin dengan seseorang.

11) Mempunyai dorongan dan keinginan yang kuat untuk melakukan onani / masturbasi.

Bagaimana? Ada tak tanda-tanda di atas pada diri anda? Jika anda, jangan bertangguh lagi. Berjumpalah dengan mana-mana perawat dan dapatkan bantuan mereka untuk merawat anda.

Semoga Allah melindungi diri dan keluarga kita dari kejahatan makhluk-Nya samada dari kalangan jin ataupun manusia.

Sumber ilhamku 


Tuesday, May 17, 2016

BAB-BAB SIHIR




Sihir itu adalah perbuatan yang menyekutui daripada perhambaannya kepada Allah. Sihir itu adalah perbuatan syirik kerana seseorang yang mengamalkan sihir, ia terpaksa melakukan sesuatu perbuatan yang melanggar ajaran atau sunnah nabi SAW. Perbuatan menyekutui daripada ajaran Allah SWT dan sunnah  Nabi Muhammad SAW itu adalah sama seperti perbuatan mengamalkan sihir iaitu ilmu hitam.

Sebagai seorang yang abid, tidaklah kita memandang sesuatu melainkan dengan kaca mata syariat, terlebih dalam perkara-perkara ghaib, seperti sihir dan seangkatan dengannya.

Bagaimanakah syariat Islam memandang dunia sihir dan si tukang sihir itu menurut pandangan Islam..?

Pengertian Sihir:
Pengertian sihir dari segi bahasa ialah memalingkan sesuatu benda dari hakikat yang sebenarnya sebagai contoh menjadikan seseorang itu nampak cantik; namun, keadaan sebenarnya adalah hodoh dan hitam.

Pengertian sihir menurut pandangan para ulama pula menyatakan bahawa perbuatan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar dan tidak mempunyai haknya yang sebenar.

Menurut pandangan Ibn. Qudamah Al-Madisi berkata; Sihir itu adalah berupa buhul-buhul tali, mentera dan perkataan yang diucapkan atau ditulis atau membuat sesuatu yang dapat mempengaruhi seseorang yang disihir baik pada hati dan akal fikirannya tanpa disentuh secara langsung.

Sihir itu terlaksana apabila si tukang sihir mengabdikan dirinya kepada jin dan syaitan dan melakukan suatu ritual sehingga syaitan sanggup menyekutu dengannya.

Ciri-ciri seseorang itu menyekutu dirinya dengan jin dan iblis adalah sepertimana berikut:

  1. Menjadikan ayat Al-Quran sebagai habuannya kepada makhluk halus.
  2. Menulis ayat Al-Quran dalam keadaan terbalik.
  3. Memijak masyaf Al-Quran dengan menggunakan kaki.
  4. Melakukan penyembelihan haiwan dengan menyebut kata-kata yang tidak difahami.
  5. Melakukan persetubuhan dengan ibu kandung atau anak kandungnya sendiri.
  6. Bercakap dengan binatang-binatang dan menyembah kepadanya.

Untuk kita ketahui, bahawa jin tidak akan memberikan bantuan kepada si tukang sihir atau menjadi pesuruhnya kecuali dengan mendapatkan sesuatu balasan.

Petikan daripada firman Allah di dalam surah Al-Jin, ayat 5 dan 6.

“Dan sesungguhnya kami mengira, bahawa manusia dan jin tidak akan menyatakan perkataan yang dusta terhadap Allah; Dan sesungguhnya, ada beberapa orang lelaki dikalangan manusia yang meminta bantuan kepada bebrapa orang lelaki dari kalangan jin, tetapi mereka (jin) menjadikan mereka (manusia) berambah sesat.”

Jika berlaku kekufuran, yakni manusia sudah menjadikan jin dan iblis sebagai hambanya, maka seseorang itu menjadi semakin sesat dan terus tersasar dari ajaran Islam.

Si tukang sihir dan syaitan adalah dua makhluk yang bekerjasama untuk membuat kemaksiatan kepada Allah.

Cahaya yang hilang diraut wajah seseorang itu dapat kita kenal pasti kerana penyatuannya bersama syaitan dan iblis. Raut wajah mereka kelihatan suram dan gelap. Di wajah mereka terdapat sesuatu yang dapat kita ketahui bahawa tidak ada nur yang bersinar diwajahnya.

Di dalam kehidupan rumahtangga yang selalu bergolak, syaitan akan menguasai diri mereka, lalu, membuat huru-hara sehingga suasana ruh di dalam keluarga itu saling benci membenci dan saling bercakaran.

Hidup mereka sentiasa dirunding masalah, hati mereka merasa cemas dan tidak tenteram. Seseorang yang diselaputi oleh ruh syaitan; mereka sentiasa berkelahi antara suatu pihak yang lain kerana seruan dari iblis itu sudah sebati di dalam ruhnya.

Sebagaimana firman Allah di dalam surah Thoha, ayat 124, yang bermaksud:

“Dan barang siapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya bagi mereka kehidupan yang sempit.”

Wallahu ‘alam.

Saturday, May 7, 2016

PENYAKIT HATI DAN KAEDAH RAWATANNYA




Rasa dengki atau dendam bukanlah tabiat semulajadi manusia, melainkan rasa dengki ini datang kerana adanya penyakit hati dalam jiwanya yang bersifat negatif yang dapat menyebabkan kehancuran pada dirinya.

Kadang-kadang kita sendiri tak sedar bila datangnya penyakit hati ini. Kebiasaannya, ia akan datang ketika hati kita sedang marah ataupun nafsu yang selalu datang dalam jiwa manusia sehingga manusia tidak dapat mengawalnya dengan baik.

Apabila penyakit hati itu datang, akibatnya kita tidak dapat mengeratkan tali silaturrahim dengan teman, saudara, tetangga, sahabat, dan semua orang di dunia kerana kita selalu berfikiran negatif, iri, dan dengki terhadap manusia.

Contoh mudah. Apabila seseorang merasa dengki dan iri hati terhadap saudaranya, ketika itulah syaitan dan nafsu akan menghasut ia untuk melakukan kejahatan, sampai ke tahap melakukan sihir. Bukankah sihir itu perbuatan mensyirikkan Allah. Dan ianya juga akan memutuskan tali silaturrahim.

Antara penyakit-penyakit hati ialah:

1) SOMBONG

Sombong adalah salah satu penyakit hati yang di benci oleh Allah SWT, seperti yang tersirat dalam surah Al-Qur’an berikut ini :

“Masuklah kamu ke pintu-pintu neraka Jahannam, sedang kamu kekal di dalamnya. Maka itulah seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong .” [Al Mu’min: 76]

“Janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.” [Al Israa’: 37]

2) HASAD (IRI HATI & DENGKI)

Orang yang iri hati dan dengki selalu merasa susah bila melihat orang lain senang. Dan sebaliknya, ia akan merasa senang bila orang lain kesusahan. Biasanya orang yang iri hati dan dengki akan mencelakakan orang lain dengan lisan, tulisan, dan perbuatannya. 

Dari pengalaman saya dalam bidang rawatan, penyakit hasad inilah menjadi punca utama manusia sanggup melakukan sihir untuk memudharatkan saudaranya. Walaupun saudaranya itu langsung tiada sebarang kesalahan ke atas dirinya.

Firman Allah s.w.t:

“Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikaruniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang laki-laki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” [An Nisaa’: 32]

“Waspadalah terhadap hasad (iri dan dengki), sesungguhnya hasad mengikis pahala-pahala sebagaimana api memakan kayu”. [HR. Abu Dawud]

3) RIYA

Riya adalah orang yang beribadah atau berbuat kebaikan dengan maksud mempamerkan kepada orang lain, agar orang mengira dan memujinya sebagai orang yang baik hati atau rajin/gemar beribadah dan berbuat kebajikan. Ciri-ciri riya yakni apabila di hadapan orang dia giat tapi bila sendirian dia malas, dan selalu ingin mendapat pujian dalam segala urusan.

Firman Allah s.w.t:

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riya kepada manusia” [QS. Al-Baqarah: 264]

“Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat, yaitu orang-orang yang lalai dari shalatnya, yang berbuat karena riya” [Al Maa’uun 4-6]

“Riya membuat amal sia-sia sebagaimana syirik”. [HR. Ar-Rabii’]

“Sesungguhnya riya adalah syirik yang kecil”. [HR. Ahmad dan Al Hakim]

4) BAKHIL ATAU KIKIR

Bakhil atau kikir merupakan salah satu penyakit hati karena terlalu cinta pada harta sehingga tidak mahu berbagi dan bersedekah kepada orang lain.

“Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari kurnia-Nya menyangka, bahwa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah-lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” [Ali ‘Imran 180]

“Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup serta mendustakan pahala terbaik, maka kelak Kami akan menyiapkan baginya (jalan) yang sukar. Dan hartanya tidak bermanfaat baginya apabila ia telah binasa” [Al Lail 8-11]

5) ‘UJUB (KAGUM DENGAN DIRI SENDIRI)

Penyakit hati ini mirip dengan sombong. Kita merasa bangga atau kagum akan diri kita sendiri. Padahal seharusnya kita tahu bahwa semua nikmat yang kita dapat itu berasal dari Allah.

Jika kita mendapat keberhasilan atau pujian dari orang, janganlah ‘ujub. Sebaliknya ucapkan “Alhamdulillah” karena segala puji itu hanya untuk Allah.

Abu Hamid Al-Ghazali mengkhabarkan sebagai berikut:

Aku mengetahui bahwa iri hati dan dengki adalah satu di antara sekian banyak penyakit hati yang parah. Semua penyakit hati hanya dapat diubati dengan ilmu dan amal. Ilmu yang bermanfaat bagi penyakit iri hati dan dengki adalah mengetahui sesungguh-sungguhnya bahwa sifat ini membahayakan pelakunya, baik terhadap dunia mahupun agamanya. Dan, harus juga diketahui bahwa ia tidak mendatangkan bahaya apa pun terhadap orang yang didengkikan itu, baik terhadap dunianya mahupun agamanya. Bahkan, perbuatan itu sebaliknya mendatangkan manfaat bagi mereka, baik terhadap dunianya mahupun agamanya.

Tetapi, meskipun engkau telah mengetahui semua ini, jika ternyata engkau tidak mahu menjadi musuh bagi hawa nafsumu dan tetap menemani musuhmu, pastilah engkau tetap menjadi pendengki. Berkenaan dengan bahaya iri hati dan dengki terhadap agamamu, maksudnya adalah bahawa dengan sifat ini, engkau tidak menyukai ketetapan Allah dan engkau tidak menyukai nikmat yang telah ditetapkannya bagi tiap-tiap hamba-nya. Engkau juga mengingkari keadilan Allah yang telah Dia tegakkan di tengah kerajaan-Nya dengan kemahabijaksanaan-Nya. Engkau mengingkari dan memandang rendah semua itu. Perbuatan semacam ini akan menjadi kejahatan yang akan merosakkan ketauhidan seseorang dan akan menjadi kotoran bagi keimanan. Tentu saja ini sebuah kejahatan terhadap agama.

Berkenaan dengan ubat yang dapat mengatasi penyakit hati ini, terkadang ianya dapat dilakukan dengan menetapkan di dalam hati untuk selalu redha akan ketetapan Allah; terkadang dengan menerapkan hidup zuhud terhadap dunia; terkadang dengan menyedari bahawa hal yang berhubungan dengan nikmat-nikmat tersebut tidak lain adalah kegelisahan di dunia dan hisab yang berat di akhirat.

Selain itu, ubat yang lebih tepat untuk menyembuhkan penyakit hati dapat ditemukan sesuai dengan penyebab terjadinya iri dengki, seperti kesombongan, rasa megah, dan berbagai penyebab lainnya. Tentu saja, penyakit hanya hilang jika penyebabnya dihilangkan. Kalau ternyata biang keladi penyakit ini tidak berhasil dihilangkan dan hanya berhasil diredam, pastilah penyakit akan terus berulang berkali-kali sehingga masa yang diperlukan untuk menyembuhkannya menjadi sangat panjang, selagi mana penyebab tersebut masih ada.

Jadi, selama seorang masih memiliki sifat gilakan kehormatan, pastilah orang itu selalu memiliki penyakit hati akibat pngaruh dari sifat gilakan kehormatan dan keinginan untuk mendapatkan tempat istimewa di hati manusia. Kalau itu terjadi, orang yang mempunyai sifat begini harus berusaha meredam nafsunya dan tidak menampakkan perasaan iri dengki dari dirinya tidak mungkin dilakukan.
Demikianlah pengkhabaran Imam Al-Ghazali.

Apabila kita sedang membicarakan penyakit hati yang membinasakan, perlulah kita mengingati peringatan Rasulullah melalui riwayat Imam Ahmad dari Zubair bin Awwam sebagai berikut:

Diriwayatkan dari Zubair bin Awwam, ia berkata bahwa Rasulullah bersabda: “Suatu penyakit umat-umat terdahulu sedang merayap kearah kalian, iaitu penyakit iri dengki dan benci. Kebencian adalah pemangkas; pemangkas agama, bukan pemangkas rambut. Demi Dia Yang jiwa Muhammad berada di tangan-nya, kamu tidak beriman sebelum kamu saling mencintai. Sukakah kamu kusampaikan sesuatu yang jika kamu lakukan maka kamu saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kalian.”

Diriwayatkan Al-Hakim dari Abu Hurairah, ia bercerita: Aku mendengar Rasulullah bersabda: “umatku akan terserang penyakit umat lain. “para sahabat bertanya, “wahai Rasulullah, apa penyakit umat-umat itu?” Rasulullah menjawab, “kesenangan berlebihan (foya-foya), sikap kurang bersyukur, gemar mengumpulkan harta, tanajusy dalam urusan dunia, saling dengki, sampai timbullah kekejian.”

Al-Tanajusy merujuk kepada suatu persepakatan sulit antara penjual dengan seorang pembeli pasaran supaya menunjukkan keinginan membeli dengan harga lebih tinggi sedangkan sebenarnya pembeli tidak mahu membeli barangan berkenaan.

Jadi, ubat paling mujarab untuk mengatasi penyakit hati ini adalah dengan kembali kepada Allah dan selalu berpegang teguh pada ajaran islam. Ketikan iman telah bersemayam dalam hati para hamba, nescaya cinta Allah dan cinta Rasulullah membuat mereka tidak memiliki waktu untuk mendengki serta tidak memiliki ruang bagi kebencian dan kejahatan.

Seorang pembenci yang gemar memusuhi orang lain pasti tidak pernah terpisah dari iri hati dan kegemaran mengumpat, kecuali mereka yang dilindungi Allah. Terkadang, iri hati dan dengki yang menyebabkan permusuhan dan kebencian seperti mengakibatkan tindakan pembunuhan, perampasan harta, mengadu domba, merosakkan nama baik, melakukan sihir dan sebagainya. Seorang pembenci pastilah memiliki sifat iri hati dan dengki yang sangat besar.

Itulah sebabnya, sifat iri hati dan dengki yang merupakan penyakit hati yang merbahaya ini harus kita hindari. Sebagaimana halnya berbagai jenis penyakit lain, seperti dendam dan benci, yang juga merupakan faktor penyebab tipu daya dan perlakuan jahat yang terkutuk.

Nukilan ilhamku.