Tuesday, June 8, 2021

MISTERI KEBERADAAN MAKHLUK HALUS




Makhluk halus adalah makhluk yang diciptakan oleh Allah sama seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan dan keseluruhan alam ini. Ianya adalah makhluk hidup dan tinggal di alam manusia mahupun haiwan. Makhluk halus atau dengan kata lainnya adalah makhluk ruh qudus adalah makhluk yang dikatakan tidak mempunyai jisim, lalu, ia dikatakan makhluk yang halus kerana ianya adalah makhluk yang sudah meninggal dunia; contohnya manusia, haiwan ataupun jin. Makhluk ini adalah makhluk ruh qudus kerana ianya tinggal di alam ruh yang dinamakan sebagai alam barzakh. Tinggalnya mereka di sana kerana mereka menunggu alam kematian yang sebenar.

Makhluk halus terdiri daripada empat bahagian; iaitu:

(1) Makhluk yang tidak berjisim seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

(2) Makhluk jin dan manusia serta makhluk yang tinggal di alam buana.

(3) Makhluk tumbuh-tumbuhan; iaitu yang tinggal di alam flora dan meninggal dunia sepertimana makhluk lain seperti tumbuh-tumbuhan yang menjalar dan tumbuh-tumbuhan yang bertunas.

(4) Makhluk yang digelar syaitan dan jin, iaitu makhluk yang tinggal di alam buana dan meninggal dunia di alam buana juga seperti jembalang, toyol, pelesit dan lain-lain sepertimana yang orang melayu kenal sebagai makhluk hantu.

Makhluk halus tinggal di alam manusia kerana faktor sepertimana yang berikut; iaitu ia tinggal dengan manusia kerana ia rindukan manusia yang masih hidup. Ia rindukan kampung halaman. Yakni, ia digelar sebagai makhluk Al-Awamir. Al-Awamir adalah makhluk yang menghinakan makhluk Ya Rasulullah kerana ia adalah makhluk yang tandus dan dahaga kepada kasih sayang. Di mana, ia mahu hidup bersama-sama makhluk yang mahu berkasih sayang.

Makhluk Al-Mukhandas, iaitu makhluk yang meninggal dunia juga tetapi ia adalah makhluk haiwan dan makhluk jin yang tidak mempunyai akal. Mereka suka kepada manusia kerana manusia tinggal di alam haiwan kerana manusia itu tidak diberi akal.

Makhluk At-Tabariyyun adalah makhluk yang paling digemari oleh Ya Rasulullah di mana ia adalah makhluk qorin yang paling ditakuti seperti pemerintah, penjaga alam dan penguasa polis. Di mana makhluk ini tinggal dengan isteri mereka dan melahirkan zuriat sepertimana manusia di atas mukabumi. Ianya adalah makhluk yang berkasih sayang kerana ia cintakan kedamaian.

Makhluk Al-Mutanajjiz adalah makhluk haiwan. Ia diberi akal kerana ia tinggal dengan manusia di alam bunian. Makhluk ini menjelma sebagai makhluk haiwan jin dan diberi akal kerana ia telah bergabung dengan ruh manusia yang telah meninggal dunia. Adapun makhluk haiwan dan manusia yang meninggal dunia juga melahirkan anak yang digelar sebagai manusia berketurunan jin sepertimana bunian di atas langit mahupun bunian jin yang tinggal di alam manusia.

Makhluk jin adalah makhluk haiwan kerana ia adalah makhluk yang dihormati. Ia mahukan kedamaian dan mahu tinggal di alam manusia kerana manusia yang menjaga alam itu. Dinamakan makhluk jin haiwan kerana makhluk ini tinggal bersama manusia jin dan melahirkan anak hasil perhubungan mereka di alam buana. Alam buana adalah alam rembulan dan ia meninggalkan dunia fana kerana mahu bertafakur di sana.

Makhluk bunian tinggal di alam jin kerana ia adalah sebahagian daripada makhluk jadian Allah juga. Ia adalah makhluk haiwan jin apabila ia menjelma sebagai haiwan. Manakala bunian daripada keturunan manusia melahirkan anak sama sepertimana manusia di dunia dan melahirkan anak juga sepertimana manusia. 

Manusia yang dibawa lari ke alam bunian adalah manusia yang telah meninggal dunia. Ia dilahirkan semula di alam bunian kerana makhluk bunian mahukan nyawanya. Ia meninggal dalam keadaan sempurna dan tidak menganggu manusia yang hidup di dunia dan ia adalah makhluk yang dinamakan sebagai makhluk yang halus juga.

Manusia jin pula adalah manusia yang diciptakan oleh Allah mempunyai naluri yang kuat sepertimaa manusia yang tinggal di atas mukabumi. Ia adalah haiwan dan ia menjelma sebagai manusia kerana makhluk jin itu bergabung dengan ruh qudus. Mereka bersama manusia yang meninggal dunia itu akan tinggal di alam bunian dan hidup dengan cara hidup manusia sama seperti manusia yang hidup di dunia. 

Manusia dan jin bukan makhluk halus. Ia dinamakan makhluk halus kerana ia tidak berjisim dan makhluk halus adalah makhluk ruh qudus. Di mana ia adalah ruh yang telah meninggal dunia tidak kira manusia ataupun jin. Dinamakan ruh qudus itu makhluk yang berterbangan diangkasaraya kerana ia adalah makhluk yang menjadi ruh bukan lagi jasad.

Oleh sebab itu, wajib kita percaya bahawa dunia ini ada lapisan hidupnya yang pelbagai. Di mana dunia manusia itu sendiri masih belum diterokai sepenuhnya dan dunia jin juga ada berlapis-lapis dunia di mana manusia sendiri tidak dapat mengetahuinya. Manusia jin hidup di alam jin. Manakala manusia sebenar hidup di alam manusia. Ia berbeza kerana manusia adalah makhluk asalnya terdiri daripada keturuna Nabi Adam a.s. Manakala jin manusia adalah makhluk yang berakal dan ia diciptakan darpada api yang membara.


Wallahu'alam.












MISTERI BARANG-BARANG BERAZIMAT




Barang berazimat adalah barang yang mempunyai khasiat atau mantera. Ianya dipersembahkan oleh dukun atau pengamal perdukunan. Barang ini tidak boleh di dapati di dunia kita bahkan ianya berasal daripada alam bunian. Barang berpusaka juga dikatakan sebagai barang berazimat kerana ia ditanam di dalamnya ayat-ayat suci dari al-Quran dan perwafakan perdukunan. 

Barang ini bukan barang yang boleh dipermainkan sesuka hati dan ianya tidak boleh di langkah dan tidak boleh dipindah milik. Adapun ianya dipindah milik, ianya boleh dilakukan melalui perwafakan baharu dan ditujukan kepada pewaris yang kedua lalu termeterai perjanjian baharu bersama walinya yang baharu. 

Barang berazimat boleh di dapati di perkampungan bunian. Mereka berjual beli di antara manusia dan jin di alam sana. Maka terbentuklah talian pusaka di antara barangan tersebut dengan ruh yang menjaganya.

Kepercayaan orang lama menyatakan bahawa alam bunian adalah alam yang halus di mana ianya bukan alam yang nyata. Manusia yang ditarik masuk ke dalam alam bunian dikatakan tidak dibenarkan keluar kerana perjanjian jin dan manusia belum lagi terlerai. 

Orang melayu sinonim dengan penyembahan sihir dan saka pada masa dahulu, ini kerana faktor-faktor pada masa itu, iaitu manusia boleh berhubung dengan makhluk jin dan hidup bersama makhluk jin. Contohnya; perkahwinan di antara Puteri Saadong bersama raja berketurunan manusia iaitu dia sendiri dari keturunan makhluk jin. 

Hukum menggunakan alat berazimat adalah haram kerana ianya menyamai barangan yang mempunyai penyembahan. Jika ianya digunakan oleh orang yang tidak berakal, ianya jatuh kepada haram kerana tujuan menggunakan alat berazimat itu semata-mata kerana mahu menganiaya orang lain.

Dalil yang menyatakan bahawa menggunaan alatan berazimat adalah haram dan ianya jatuh kepada haram jika ianya disalahgunakan kepada perkara yang memudharatkan adalah sepertimana berikut.

Q:S Surah Al-Jin; ayat 5 - 6, bermaksud;

"Dan sesungguhnya kami mengira, bahawa manusia dan jin itu tidak akan mengatakan perkataan  yang dusta terhadap Allah; Dan, sesungguhnya ada beberapa orang lelaki dari kalangan manusia yang meminta perlindungan kepada beberapa lelaki dari kalangan jin, tetapi mereka (jin) menjadikan mereka (manusia) bertambah sesat."


Ilalliqa'..













Friday, April 9, 2021

PENGENALAN : APA ITU STRESS..?





APA ITU STRESS MENGIKUT PANDANGAN ISLAM

Stress adalah penyakit kemurungan yang dihadapi oleh akut muda; ianya terdiri daripada penyakit kegilaan kepada aprisiasi iaitu dia kehilangan kekasihnya, ataupun kehilangan puncanya seperti skizometer, kemurungan dhimentia dan kesepiannya. Akut muda adalah penyakit yang disebabkan oleh sihir dan penyakit yang disebabkan oleh penyakit rohani iaitu kesepian, kegilaan dan pembunuhan. Jika ia disebabkan oleh penyakit fizikal ianya disebabkan oleh kerosakan saraf motornya iaitu kerosakan saraf. 

Kerosakan saraf yang dialami oleh pesakit akut muda ini yang dialami oleh para keagungan muda tersebut adalah agak ekstrim sehingga dia terlupa bahawa dia terlalu mengagungkan dewa sehingga dia terlupa bahawa dewa yang patut di agung adalah dewa ketuhanan. Ketuhanan yang di puja adalah ketuhanan jin. Maka, ketautannya kepada tuhan semakin merundur. 

Keintiman yang dimiliki oleh si anu ialah kecelaruan yang menyerupai syaitan. Dia ialah ketuanan kepada raja dewa petra.../Apa Itu Qorun..? Kemungkinan juga, dia adalah penyembah syaitan. Nauzubillahi mina syaitonirrojim. 

Keagungan kepada dewa hanya berlaku kepada ketuhanan dewa raja sahaja. Keagungan kepada dewa hiburan boleh menyebabkan kamu leka kepada dunia. Dunia hanyalah hiburan mu. Maka, kamu mendapat leka. Apa yang dimaksudkan dengan leka..?Hiburan yang melampau.

Firman Allah di dalam surah al-baqarah, ayat 255, yang bermaksud;

"Allah, tidak ada tuhan yang disembah melainkan Dia. Yang Maha hidup, Yang terus menerus mengurus (makhluk-Nya), Dia tidak mengantuk lagi tidak tidur. Milik-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Tidak ada yang dapat memberi syafaat di sisi-Nya tanpa izin-Nya. Dia mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui sesuatu apa pun tentang ilmu-Nya melainkan apa yang Dia kehendaki. Kursi-Nya meliputi langit dan bumi. Dan Dia tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Dia Maha Tinggi lagi Maha Besar."


KEBERGANTUNGAN KEPADA IDOLA IALAH MELALUI KEAGUNGAN JIWA. 

Apa akan berlaku sekiranya ada tuhan yang disembah melainkan Allah..?

Tuhan hanya satu, iaitu ianya berasal daripada agama yang benar. Agama yang benar yang dimaksudkan di sini ialah agama yang terbina melalui penurunan wahyunya. Pada mulanya penurunan Nabi Adam a.s. apa yang berlaku kepada kenabiannya..? Iaitu, dia adalah pesuruh Allah yang pertama.

Jiwa yang murni adalah jiwa yang lahir dari ruhnya yang qudus kerana pada waktu kelahiran Nabi Adam a.s pada waktu itu agama yang dianuti oleh masyarakat beliau adalah agama wahyu, iaitu agama Kristian. Maka, adakah agama Islam itu agama yang benar..?

Agama yang benar adalah agama yang lahir daripada ketuhanannya yang asal. Di mana datangnya ketuhanan yang asal..? Iaitu melalui wahyu yang disampaikan oleh Allah melalui malaikat Jibril. Apakah yang dimaksudkan dengan Jibril..? Jibril adalah malaikat pembawa wahyu. Mereka berasal daripada Luth Mahfuz yang terletak di atas arashinya yang teratas.

Maka, penentangan kepada agama wahyu dan agama duniawi akan dibahaskan di dalam topik yang akan datang.

Sekian, wassalam.

Sunday, February 21, 2021

KEPENTINGAN MANDI WAJIB BAGI MEREKA YANG BERJUNUB



 

Mandi wajib adalah mandi yang diharuskan bagi seseorang yang berjunub, mahupun junuh besar ataupun junub kecil. Ianya adalah wahyu daripada Allah. Kepentingan mandi itu wajib apabila jatuhnya hukum syarak iaitu wajib dan sah.

Allah SWT mensyariatkan mandi wajib bagi seseorang yang berjunub sebelum melakukan beberapa ibadah seperti bersolat, tawaf, memegang mushaf al-Quran, beriktikaf di masjid dan seumpamanya berdasarkan firman Allah di dalam al-Quran:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَقْرَبُوا الصَّلَاةَ وَأَنتُمْ سُكَارَىٰ حَتَّىٰ تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ وَلَا جُنُبًا إِلَّا عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىٰ تَغْتَسِلُوا ۚ


Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan berjunub, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (kamu menghampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub (berhadas besar) - kecuali kamu hendak melintas sahaja sehingga kamu mandi bersuci.

(Surah al-Nisa’: 43)

Begitu juga, firman Allah SWT lagi:


وَإِن كُنتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا ۚ


Maksudnya: Dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib.

(Surah al-Maidah: 6)

Para ulama’ telah menetapkan beberapa perkara yang menyebabkan wajibnya mandi keatas seseorang sebelum dia melaksanakan ibadah. Perkara-perkara tersebut sepertimana yang disebut di dalam kitab al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah ialah:

  1. Berjimak.
  2. Keluar air mani.
  3. Keluar darah Haid.
  4. Keluar darah Nifas.
  5. Keluar darah Wiladah.
  6. Mati.

Selain daripada itu, para ulama’ meletakkan syarat fardu bagi mandi wajib hanya tiga, iaitu:

  1. Niat.
  2. Menghilangkan najis jika sekiranya ada pada badan.
  3. Meratakan air ke seluruh rambut (bulu-bulu) dan badan.

Berkaitan perbahasan niat, perbuatan berniat hendaklah dilakukan ketika membasuh basuhan pertama keatas anggota badan. Manakala berkaitan bilangan niat untuk sebab-sebab hadas yang banyak, sumber menyatakan bahawa di dalam kitabnya ini dengan menyatakan bahawa:


مَسْأَلَةٌ (1): إِذَا اجْتَمَعَ عَلَيْه غُسْلَانِ وَاجِبَانِ فَأَكْثَرَ (كَالجِمَاعِ وَ خُرُوجِ المَنِيّ) فَهَلْ تَكْفِي عَنْهُمَا نِيَّةُ وَاحِدَةٌ؟

الجواب: نَعَمْ تَكْفِى نِيَّةٌ وَاحِدَةٌ لَهُمَا. وَ مِثْلُهُ فِي غُسْلِ السُنَّةِ


Maksudnya: Permasalahan 1: Jika sekiranya berkumpul dua atau lebih sebab yang menyebabkan wajib untuk mandi junub seperti jima’ dan keluar air mani contohnya, adakah memadai dengan satu niat sahaja. Jawapan: Ya, memadai dengan satu niat sahaja bagi kedua-dua sebab tersebut. Sama juga bagi mandi sunat (iaitu memadai satu niat sahaja untuk dua mandi sunat). 

Berdasarkan perbincangan dan perbahasan di atas, kami menyimpulkan bahawa cukup sekadar satu niat sahaja untuk mandi wajib tersebut bagi dua atau lebih sebab yang mewajibkan mandi bagi seseorang tersebut adalah benar. Justeru, tidak perlu untuk dia berniat untuk mandi wajib bagi dua hadas seperti hadas jima’ dan keluar darah haid. Semoga Allah SWT memberikan kita kefahaman terhadapnya serta memberikan kita taufiq dan hidayah untuk mengamalkan syari’at-Nya dengan sebaiknya. Amin.

Ilalliqa'


Sumber ilhamku.

Friday, September 6, 2019

BAB HAID - SIKLUS PENGIRAANNYA



1. Apa Itu Darah Haid..?
Haid dari segi bahasa ialah pengaliran darah. Manakala maksud dari segi pengertiannya pula adalah darah yang mengalir keluar dari kemaluan wanita dari dalam rahim (uterus) kerana akibat semulajadinya, iaitu bukan kerana penyakit atau bukan kerana selepas melahirkan anak. Ianya keluar dari masa-masa tertentu apabila seorang wanita itu telah mencapai umur balighnya.

2. Bagaimana keadaan darah haid itu..?
Darah haid keluar mengikut kadar warnanya, iaitu merah darah, coklat, kekuningan, hitam dan asyqar (warna antara merah dan kuning). Menurut jumhur ulamak.

3. Kenapa ia dikatakan darah haid, bukan darah istihadhah atau darah nifas..?
Ianya dikatakan darah haid kerana ia keluar melalui kemaluannya, bukan melalui saluran najisnya kerana ianya mengikut siklus yang akan dibahaskan di bawah.

4. Dalil yang menyatakan bahawa harus untuk mandi selepas ianya bersih.
Wajib untuk kita membersihkan diri dari najis kerana ianya adalah tergolong daripada najis berat iaitu najis yang besar. Dalil yang terdapat di dalam maksud Al-Quran, surah Al-Maidah, ayat ke-6 , sepertimana di bawah;

وإن كنتم جُنُبًا فَٱطَّهَّرُواْ

Maksudnya : 

"…jika kamu itu dalam keadaan berjunub (hadas besar) maka bersucilah…"

5. Kaedah Mandi Wajib.
Ada banyak kaedah yang telah disepakati oleh para jumhur ulamak di dalam menangani bab bab mandi wajib; menurut hadith yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW;

"Lelaki harus menyela rambutnya dan membasahinya hingga ke kulit kepala, sedangkan wanita tidak harus mengurai rambutnya. Cukup ia membasuh kepalanya dengan tiga kali siraman air menggunakan kedua telapak tangan." Hadith Riwayat Abu Dawud.

"Ummu Salamah berkata kepada Rasulullah SAW, "Wahai Rasulullah! Aku terbiasa mengikat rambutku dengan kuat. Haruskah aku melepaskannya ketika sedang mandi wajib? Rasulullah menjawab, "Tidak." Cukup bagimu membasuh kepala dengan tiga kali siraman air melalui kedua-dua telapak tanganmu. Kemudian engkau siram seluruh badanmu dengan air." HR Muslim, Tarmizi, an-Nasaí, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad dan Darimi

6. Tatacara melakukan mandi wajib.

  • Membasuh kedua tangan hingga ke pergelangan tangan, dengan membaca basmalah.
  • Niat mengangkat hadas besar, dengan niat; "Nawaitu rof ál hadasi akhbar, minal hidl, lillahi taala"
  • Mengambil wuduk sehingga selesai.
  • Kemudian, membasuh bahagian badan di sebelah kanan sebanyak tiga kali.
  • Kemudian, membasuh bahagian badan di sebelah kiri sebanyak tiga kali jua.
  • Kemudian meratakan air dari ubun kepala sehingga ke tapak kaki dengan berlafaz niat, "Sahaja aku mandi wajib hadas besar, kerana berhaid, kerana Allah Taala"
  • Ratakan air sehingga keseluruh tubuh dengan tidak terpegang anggota tubuh yang haram sah air sembahyang.
  • Selesai.
7. Cara pengiraan waktu iddah.
Pengiraan iddah waktu haid dapat dikategorikan melalui tempoh masa sepertimana berikut:


i.   Tempoh paling sedikit (aqollal haid); iaitu selama satu hari satu malam.
ii. Tempoh paling banyak (akhtharul haid); iaitu selama 15 hari melalui kitaran haidnya yang pertama.
iii. Tempoh kebiasaan haid (ghalibul haid); iaitu tempoh majoriti perempuan kedatangan haid. Menurut penyelidikan Imam As-Syafie adalah sebanyak 6 hingga 7 hari.

Manakala tempoh haid itu bersih dapat dikira dari hari pertama dia haid sehingga ke hari yang ke 25 hari, iaitu hari siklus haidnya yang kedua. Sama ada dia mengalami darah istihadhah ataupun tidak.

Ulamak menetapkan kaedah pengiraan haid kepada bilangan hari yang mengikut kebiasaan seseorang wanita di datangi haid berkenaan.



BAB-BAB TOHARAH




1. Apa itu Toharah.

Toharah dari maksud perkataan adalah bermaksud penyucian. Manakala dari maksud pengertiaannya pula adalah penyucian daripada hadas yang besar mahupun kecil.

Pendapat para ulama berbeza mengenai perhubungan wanita dan lelaki di dalam konteks perhubungan sesama manusia. Dalil yang menyatakan bahawa lelaki dan wanita itu haram di dalam tindakan berjabat tangan yang tidak mempunyai pertalian darah di antara satu sama lain adalah sepertimana di dalam firman Allah di dalam surah An-Nisa, ayat 43, yang bermaksud;

"Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mendekati solat ketika kamu dalam keadaan mabuk, sampai kamu sedar apa yang kamu ucapkan, dan jangan pula (kamu hampiri masjid ketika kamu dalam keadaan junub kecuali sekadar melewati jalan sahaja, sebelum kamu mandi (mandi junub). Jika kamu sakit atau sedang dalam perjalanan atau membuang air atau kamu telah menyentuh perempuan, sedangkan kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu dengan debu yang baik (suci); usaplah wajahmu dan tanganmu dengan debu itu. Sesungguhnya, Allah Maha Pemaaf, Lagi Maha Pengampun."

Perlu bagi wanita tahu bahawa bersuci itu wajib kerana firman Allah tersebut di atas adalah ditujukan kepada wanita dan lelaki di dalam maksud hadith yang menyatakan bahawa bersuci itu adalah wajib.


Para pengikut mazhab Hanafi berpendapat bahawa perkara yang dimaksudkan dengan "menyentuh perempuan" di dalam ayat di atas adalah melakukan perhubungan suami dan isteri di dalam konteks halal dan haramnya sebagaimana tersebut di dalam riwayat Aisyah R.ha, beliau berkata;


"Orang ramai yang sibuk bekerja dan tidak mempunyai pembantu, badan mereka berbau busuk, lalu dikatakan kepada mereka, eloklah kamu mandi..." - Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Di dalam hadith riwayat muslim juga ada menyatakan bahawa;

الطّهور شطرا من الإيمان

Maksudnya;

"Bersucilah kerana ia adalah sebahagian daripada iman." 

Mereka berpendapat bahawa, berjabat tangan di antara lelaki dan wanita tidak akan membatalkan wuduk kerana sentuhan kulit tidak termasuk ke dalam kategori "persetubuhan" yang dimaksudkan di dalam ayat tersebut.

Mereka berkata, "Seseorang lelaki yang berjabat tangan dengan wanita atau menciumnya, tidak membatalkan wuduknya..." Mereka bersepakat dengan perkataan hadith yang diriwayatkan oleh Aisyah bahawa Rasulullah SAW pernah mencium isteri-isteri baginda lalu terus melaksanakan solat tanpa berwuduk terlebih dahulu. 

Para pengikut mazhab Maliki berpendapat bahawa persentuhan kulit yang membatalkan wuduk adalah persentuhan yang disertai dengan hawa nafsu.



Friday, March 1, 2019

KISAH NABI MUHAMMAD MENERIMA WAHYU PERTAMA


KISAH NABI MUHAMMAD MENERIMA WAHYU PERTAMA
Sumber dari: sindonews.com
Penulis: Rusman Siregar
Diolah oleh: safirabdullah.blogspot.com


Gua Hira yang terletak di Jabal Nur, Makkah, menjadi tempat bersejarah bagi umat Islam seluruhnya. Nabi Muhammad SAW pertama kali menerima wahyunya dari Allah SWT di gua tersebut melalui perantara Malaikat Jibril AS.

Turunnya wahyu pertama daripada ayat suci Al-Quran itu menandakan bermulanya waktu kenabian nabi Muhammad SAW. Saat wahyu pertama ini diturunkan, Nabi Muhammad SAW sedang berada di Gua Hira, tiba-tiba Malaikat Jibril AS datang menyampaikan wahyu tersebut. Adapun mengenai waktu atau tanggal tepatnya kejadian tersebut, terdapat perbezaan pendapat di antara para ulama.

Sebahagian menyakini peristiwa itu terjadi pada bulan Rabiul Awal pada tanggal 8 atau 18 (tanggal 18 berdasarkan riwayat Ibnu Umar). Sebahagian lainnya pula pada bulan Rajab pada tanggal 17 atau 27 menurut riwayat Abu Hurairah. Dan lainnya adalah pada bulan Ramadhan pada tanggal 17 (Al-Bara' bin Azib) ,21 (Syekh Al-Mubarakfuriy) dan 24 (Aisyah, Jabir dan Watsilah bin Asqo'). Walaubagaimanapun, jumhur ulama meyakinkan bahawa tarikh yang benar adalah pada bulan Ramadhan pada tanggal 17 pada tahun 1218M.

Dalam shahih Al-Bukhari diceritakan, dari Aisyah RA, bahwa beliau berkata: “Permulaaan wahyu yang datang kepada Rasulullah SAW adalah dengan mimpi yang benar di dalam tidur. Dan tidaklah Beliau bermimpi kecuali datang seperti cahaya subuh. Kemudian Beliau dianugerahi kecintaan untuk menyendiri, lalu Beliau memilih Gua Hira dan bersendirian; yaitu ibadah di malam hari dalam beberapa waktu lamanya sebelum kemudian kembali kepada keluarganya untuk mempersiapkan bekal untuk menyendiri kembali.

Kemudian Beliau menemui Khadijah RA dalam keadaan mempersiapkan bekalnya. Sampai akhirnya datanglah Al-Haq saat Beliau di Gua Hira, Malaikat Jibril datang seraya berkata: “Iqra' (Bacalah)?” Beliau menjawab: “Aku tidak bisa membaca”.

Dalam hadis itu, Nabi SAW menjelaskan: “Malaikat itu memegangku dan memelukku sangat kuat kemudian melepaskanku dan berkata lagi: “Bacalah!” Beliau menjawab: “Aku tidak bisa membaca”. Maka Malaikat itu memegangku dan memelukku sangat kuat kemudian melepaskanku dan berkata lagi: “Bacalah!”

Beliau menjawab: “Aku tidak bisa membaca”. Malaikat itu memegangku kembali dan memelukku untuk ketiga kalinya dengan sangat kuat lalu melepaskanku, dan berkata lagi: (Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang Menciptakan; Dia Telah menciptakan manusia dari segumpal darah; Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah).”

Nabi SAW kembali kepada keluarganya dengan membawa kalimat wahyu tadi dalam keadaan gelisah dan ketakutan. Beliau menemui isteri tercintanya Khadijah binti Khowailid seraya berkata: “Selimuti aku, selimuti aku!”. Tanpa bertanya, Khadijah pun menyelimuti Rasulullah sehingga hilang ketakutannya.

Lalu Beliau menceritakan peristiwa yang terjadi kepada Khadijah: “Aku membimbangi diriku”. Maka Khadijah berkata: “Demi Allah, Allah tidak akan mencelakakanmu selamanya, karena engkau adalah orang yang menyambung silaturrahim.”

Khadijah kemudian mengajak Nabi Muhammad untuk bertemu dengan Waroqoh bin Naufal bin Asad bin Abdul ‘Uzza, putera lelaki Khadijah, yang beragama Nasrani di masa Jahiliyyah. Dia juga menulis kitab dalam bahasa Ibrani, juga menulis Kitab Injil dalam Bahasa Ibrani dengan izin Allah. Saat itu Waroqoh sudah tua dan matanya buta.

Khadijah berkata: “Wahai putra lelakiku, dengarkanlah apa yang akan disampaikan oleh putera saudaramu ini”. Waroqoh berkata: “Wahai putra saudaraku, apa yang sudah kamu alami”. Maka Nabi Muhammad SAW menceritakan peristiwa yang dialaminya. Waroqoh berkata: “Ini adalah Wahyu, seperti yang pernah Allah turunkan kepada Musa. Duhai seandainya aku masih muda dan aku masih hidup saat kamu nanti diusir oleh kaummu”.

Nabi Muhammad SAW bertanya: “Apakah aku akan diusir mereka?” Waroqoh menjawab: “Iya. Kerana tidak ada satu orang pun yang datang dengan membawa seperti apa yang kamu bawa ini kecuali akan menyakitimu (dimusuhimu). Seandainya aku ada saat kejadian itu, pasti aku akan menolongmu dengan sekemampuanku”. Waroqoh tidak mengalami peristiwa yang diyakininya tersebut karena lebih dahulu meninggal dunia pada masa fatroh (kekosongan) wahyu.

Ibnu Syihab berkata, telah mengabarkan kepadaku Abu Salamah bin Abdurrahman bahwa Jabir bin Abdullah Al Anshari bertutur tentang kekosongan wahyu, sebagaimana yang Rasulullah SAW ceritakan: “Ketika sedang berjalan aku mendengar suara dari langit, aku memandang ke arahnya dan ternyata Malaikat yang pernah datang kepadaku di Gua Hira, duduk di atas kursi antara langit dan bumi. Aku pun ketakutan dan pulang, dan berkata: “Selimuti aku. Selimuti aku”.

Maka Allah Ta’ala menurunkan wahyu: (Wahai orang yang berselimut) sampai firman Allah (dan berhala-berhala tinggalkanlah). Sejak saat itulah wahyu terus turun berkesinambungan dan menandai dimulainya peradaban Islam.