Showing posts with label ilmu mantik. Show all posts
Showing posts with label ilmu mantik. Show all posts

Tuesday, June 8, 2021

MISTERI BARANG-BARANG BERAZIMAT




Barang berazimat adalah barang yang mempunyai khasiat atau mantera. Ianya dipersembahkan oleh dukun atau pengamal perdukunan. Barang ini tidak boleh di dapati di dunia kita bahkan ianya berasal daripada alam bunian. Barang berpusaka juga dikatakan sebagai barang berazimat kerana ia ditanam di dalamnya ayat-ayat suci dari al-Quran dan perwafakan perdukunan. 

Barang ini bukan barang yang boleh dipermainkan sesuka hati dan ianya tidak boleh di langkah dan tidak boleh dipindah milik. Adapun ianya dipindah milik, ianya boleh dilakukan melalui perwafakan baharu dan ditujukan kepada pewaris yang kedua lalu termeterai perjanjian baharu bersama walinya yang baharu. 

Barang berazimat boleh di dapati di perkampungan bunian. Mereka berjual beli di antara manusia dan jin di alam sana. Maka terbentuklah talian pusaka di antara barangan tersebut dengan ruh yang menjaganya.

Kepercayaan orang lama menyatakan bahawa alam bunian adalah alam yang halus di mana ianya bukan alam yang nyata. Manusia yang ditarik masuk ke dalam alam bunian dikatakan tidak dibenarkan keluar kerana perjanjian jin dan manusia belum lagi terlerai. 

Orang melayu sinonim dengan penyembahan sihir dan saka pada masa dahulu, ini kerana faktor-faktor pada masa itu, iaitu manusia boleh berhubung dengan makhluk jin dan hidup bersama makhluk jin. Contohnya; perkahwinan di antara Puteri Saadong bersama raja berketurunan manusia iaitu dia sendiri dari keturunan makhluk jin. 

Hukum menggunakan alat berazimat adalah haram kerana ianya menyamai barangan yang mempunyai penyembahan. Jika ianya digunakan oleh orang yang tidak berakal, ianya jatuh kepada haram kerana tujuan menggunakan alat berazimat itu semata-mata kerana mahu menganiaya orang lain.

Dalil yang menyatakan bahawa menggunaan alatan berazimat adalah haram dan ianya jatuh kepada haram jika ianya disalahgunakan kepada perkara yang memudharatkan adalah sepertimana berikut.

Q:S Surah Al-Jin; ayat 5 - 6, bermaksud;

"Dan sesungguhnya kami mengira, bahawa manusia dan jin itu tidak akan mengatakan perkataan  yang dusta terhadap Allah; Dan, sesungguhnya ada beberapa orang lelaki dari kalangan manusia yang meminta perlindungan kepada beberapa lelaki dari kalangan jin, tetapi mereka (jin) menjadikan mereka (manusia) bertambah sesat."


Ilalliqa'..