Friday, September 6, 2019

BAB HAID - SIKLUS PENGIRAANNYA



1. Apa Itu Darah Haid..?
Haid dari segi bahasa ialah pengaliran darah. Manakala maksud dari segi pengertiannya pula adalah darah yang mengalir keluar dari kemaluan wanita dari dalam rahim (uterus) kerana akibat semulajadinya, iaitu bukan kerana penyakit atau bukan kerana selepas melahirkan anak. Ianya keluar dari masa-masa tertentu apabila seorang wanita itu telah mencapai umur balighnya.

2. Bagaimana keadaan darah haid itu..?
Darah haid keluar mengikut kadar warnanya, iaitu merah darah, coklat, kekuningan, hitam dan asyqar (warna antara merah dan kuning). Menurut jumhur ulamak.

3. Kenapa ia dikatakan darah haid, bukan darah istihadhah atau darah nifas..?
Ianya dikatakan darah haid kerana ia keluar melalui kemaluannya, bukan melalui saluran najisnya kerana ianya mengikut siklus yang akan dibahaskan di bawah.

4. Dalil yang menyatakan bahawa harus untuk mandi selepas ianya bersih.
Wajib untuk kita membersihkan diri dari najis kerana ianya adalah tergolong daripada najis berat iaitu najis yang besar. Dalil yang terdapat di dalam maksud Al-Quran, surah Al-Maidah, ayat ke-6 , sepertimana di bawah;

وإن كنتم جُنُبًا فَٱطَّهَّرُواْ

Maksudnya : 

"…jika kamu itu dalam keadaan berjunub (hadas besar) maka bersucilah…"

5. Kaedah Mandi Wajib.
Ada banyak kaedah yang telah disepakati oleh para jumhur ulamak di dalam menangani bab bab mandi wajib; menurut hadith yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW;

"Lelaki harus menyela rambutnya dan membasahinya hingga ke kulit kepala, sedangkan wanita tidak harus mengurai rambutnya. Cukup ia membasuh kepalanya dengan tiga kali siraman air menggunakan kedua telapak tangan." Hadith Riwayat Abu Dawud.

"Ummu Salamah berkata kepada Rasulullah SAW, "Wahai Rasulullah! Aku terbiasa mengikat rambutku dengan kuat. Haruskah aku melepaskannya ketika sedang mandi wajib? Rasulullah menjawab, "Tidak." Cukup bagimu membasuh kepala dengan tiga kali siraman air melalui kedua-dua telapak tanganmu. Kemudian engkau siram seluruh badanmu dengan air." HR Muslim, Tarmizi, an-Nasaí, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad dan Darimi

6. Tatacara melakukan mandi wajib.

  • Membasuh kedua tangan hingga ke pergelangan tangan, dengan membaca basmalah.
  • Niat mengangkat hadas besar, dengan niat; "Nawaitu rof ál hadasi akhbar, minal hidl, lillahi taala"
  • Mengambil wuduk sehingga selesai.
  • Kemudian, membasuh bahagian badan di sebelah kanan sebanyak tiga kali.
  • Kemudian, membasuh bahagian badan di sebelah kiri sebanyak tiga kali jua.
  • Kemudian meratakan air dari ubun kepala sehingga ke tapak kaki dengan berlafaz niat, "Sahaja aku mandi wajib hadas besar, kerana berhaid, kerana Allah Taala"
  • Ratakan air sehingga keseluruh tubuh dengan tidak terpegang anggota tubuh yang haram sah air sembahyang.
  • Selesai.
7. Cara pengiraan waktu iddah.
Pengiraan iddah waktu haid dapat dikategorikan melalui tempoh masa sepertimana berikut:


i.   Tempoh paling sedikit (aqollal haid); iaitu selama satu hari satu malam.
ii. Tempoh paling banyak (akhtharul haid); iaitu selama 15 hari melalui kitaran haidnya yang pertama.
iii. Tempoh kebiasaan haid (ghalibul haid); iaitu tempoh majoriti perempuan kedatangan haid. Menurut penyelidikan Imam As-Syafie adalah sebanyak 6 hingga 7 hari.

Manakala tempoh haid itu bersih dapat dikira dari hari pertama dia haid sehingga ke hari yang ke 25 hari, iaitu hari siklus haidnya yang kedua. Sama ada dia mengalami darah istihadhah ataupun tidak.

Ulamak menetapkan kaedah pengiraan haid kepada bilangan hari yang mengikut kebiasaan seseorang wanita di datangi haid berkenaan.



BAB-BAB TOHARAH




1. Apa itu Toharah.

Toharah dari maksud perkataan adalah bermaksud penyucian. Manakala dari maksud pengertiaannya pula adalah penyucian daripada hadas yang besar mahupun kecil.

Pendapat para ulama berbeza mengenai perhubungan wanita dan lelaki di dalam konteks perhubungan sesama manusia. Dalil yang menyatakan bahawa lelaki dan wanita itu haram di dalam tindakan berjabat tangan yang tidak mempunyai pertalian darah di antara satu sama lain adalah sepertimana di dalam firman Allah di dalam surah An-Nisa, ayat 43, yang bermaksud;

"Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mendekati solat ketika kamu dalam keadaan mabuk, sampai kamu sedar apa yang kamu ucapkan, dan jangan pula (kamu hampiri masjid ketika kamu dalam keadaan junub kecuali sekadar melewati jalan sahaja, sebelum kamu mandi (mandi junub). Jika kamu sakit atau sedang dalam perjalanan atau membuang air atau kamu telah menyentuh perempuan, sedangkan kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu dengan debu yang baik (suci); usaplah wajahmu dan tanganmu dengan debu itu. Sesungguhnya, Allah Maha Pemaaf, Lagi Maha Pengampun."

Perlu bagi wanita tahu bahawa bersuci itu wajib kerana firman Allah tersebut di atas adalah ditujukan kepada wanita dan lelaki di dalam maksud hadith yang menyatakan bahawa bersuci itu adalah wajib.


Para pengikut mazhab Hanafi berpendapat bahawa perkara yang dimaksudkan dengan "menyentuh perempuan" di dalam ayat di atas adalah melakukan perhubungan suami dan isteri di dalam konteks halal dan haramnya sebagaimana tersebut di dalam riwayat Aisyah R.ha, beliau berkata;


"Orang ramai yang sibuk bekerja dan tidak mempunyai pembantu, badan mereka berbau busuk, lalu dikatakan kepada mereka, eloklah kamu mandi..." - Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Di dalam hadith riwayat muslim juga ada menyatakan bahawa;

الطّهور شطرا من الإيمان

Maksudnya;

"Bersucilah kerana ia adalah sebahagian daripada iman." 

Mereka berpendapat bahawa, berjabat tangan di antara lelaki dan wanita tidak akan membatalkan wuduk kerana sentuhan kulit tidak termasuk ke dalam kategori "persetubuhan" yang dimaksudkan di dalam ayat tersebut.

Mereka berkata, "Seseorang lelaki yang berjabat tangan dengan wanita atau menciumnya, tidak membatalkan wuduknya..." Mereka bersepakat dengan perkataan hadith yang diriwayatkan oleh Aisyah bahawa Rasulullah SAW pernah mencium isteri-isteri baginda lalu terus melaksanakan solat tanpa berwuduk terlebih dahulu. 

Para pengikut mazhab Maliki berpendapat bahawa persentuhan kulit yang membatalkan wuduk adalah persentuhan yang disertai dengan hawa nafsu.



Friday, March 1, 2019

KISAH NABI MUHAMMAD MENERIMA WAHYU PERTAMA


KISAH NABI MUHAMMAD MENERIMA WAHYU PERTAMA
Sumber dari: sindonews.com
Penulis: Rusman Siregar
Diolah oleh: safirabdullah.blogspot.com


Gua Hira yang terletak di Jabal Nur, Makkah, menjadi tempat bersejarah bagi umat Islam seluruhnya. Nabi Muhammad SAW pertama kali menerima wahyunya dari Allah SWT di gua tersebut melalui perantara Malaikat Jibril AS.

Turunnya wahyu pertama daripada ayat suci Al-Quran itu menandakan bermulanya waktu kenabian nabi Muhammad SAW. Saat wahyu pertama ini diturunkan, Nabi Muhammad SAW sedang berada di Gua Hira, tiba-tiba Malaikat Jibril AS datang menyampaikan wahyu tersebut. Adapun mengenai waktu atau tanggal tepatnya kejadian tersebut, terdapat perbezaan pendapat di antara para ulama.

Sebahagian menyakini peristiwa itu terjadi pada bulan Rabiul Awal pada tanggal 8 atau 18 (tanggal 18 berdasarkan riwayat Ibnu Umar). Sebahagian lainnya pula pada bulan Rajab pada tanggal 17 atau 27 menurut riwayat Abu Hurairah. Dan lainnya adalah pada bulan Ramadhan pada tanggal 17 (Al-Bara' bin Azib) ,21 (Syekh Al-Mubarakfuriy) dan 24 (Aisyah, Jabir dan Watsilah bin Asqo'). Walaubagaimanapun, jumhur ulama meyakinkan bahawa tarikh yang benar adalah pada bulan Ramadhan pada tanggal 17 pada tahun 1218M.

Dalam shahih Al-Bukhari diceritakan, dari Aisyah RA, bahwa beliau berkata: “Permulaaan wahyu yang datang kepada Rasulullah SAW adalah dengan mimpi yang benar di dalam tidur. Dan tidaklah Beliau bermimpi kecuali datang seperti cahaya subuh. Kemudian Beliau dianugerahi kecintaan untuk menyendiri, lalu Beliau memilih Gua Hira dan bersendirian; yaitu ibadah di malam hari dalam beberapa waktu lamanya sebelum kemudian kembali kepada keluarganya untuk mempersiapkan bekal untuk menyendiri kembali.

Kemudian Beliau menemui Khadijah RA dalam keadaan mempersiapkan bekalnya. Sampai akhirnya datanglah Al-Haq saat Beliau di Gua Hira, Malaikat Jibril datang seraya berkata: “Iqra' (Bacalah)?” Beliau menjawab: “Aku tidak bisa membaca”.

Dalam hadis itu, Nabi SAW menjelaskan: “Malaikat itu memegangku dan memelukku sangat kuat kemudian melepaskanku dan berkata lagi: “Bacalah!” Beliau menjawab: “Aku tidak bisa membaca”. Maka Malaikat itu memegangku dan memelukku sangat kuat kemudian melepaskanku dan berkata lagi: “Bacalah!”

Beliau menjawab: “Aku tidak bisa membaca”. Malaikat itu memegangku kembali dan memelukku untuk ketiga kalinya dengan sangat kuat lalu melepaskanku, dan berkata lagi: (Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang Menciptakan; Dia Telah menciptakan manusia dari segumpal darah; Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah).”

Nabi SAW kembali kepada keluarganya dengan membawa kalimat wahyu tadi dalam keadaan gelisah dan ketakutan. Beliau menemui isteri tercintanya Khadijah binti Khowailid seraya berkata: “Selimuti aku, selimuti aku!”. Tanpa bertanya, Khadijah pun menyelimuti Rasulullah sehingga hilang ketakutannya.

Lalu Beliau menceritakan peristiwa yang terjadi kepada Khadijah: “Aku membimbangi diriku”. Maka Khadijah berkata: “Demi Allah, Allah tidak akan mencelakakanmu selamanya, karena engkau adalah orang yang menyambung silaturrahim.”

Khadijah kemudian mengajak Nabi Muhammad untuk bertemu dengan Waroqoh bin Naufal bin Asad bin Abdul ‘Uzza, putera lelaki Khadijah, yang beragama Nasrani di masa Jahiliyyah. Dia juga menulis kitab dalam bahasa Ibrani, juga menulis Kitab Injil dalam Bahasa Ibrani dengan izin Allah. Saat itu Waroqoh sudah tua dan matanya buta.

Khadijah berkata: “Wahai putra lelakiku, dengarkanlah apa yang akan disampaikan oleh putera saudaramu ini”. Waroqoh berkata: “Wahai putra saudaraku, apa yang sudah kamu alami”. Maka Nabi Muhammad SAW menceritakan peristiwa yang dialaminya. Waroqoh berkata: “Ini adalah Wahyu, seperti yang pernah Allah turunkan kepada Musa. Duhai seandainya aku masih muda dan aku masih hidup saat kamu nanti diusir oleh kaummu”.

Nabi Muhammad SAW bertanya: “Apakah aku akan diusir mereka?” Waroqoh menjawab: “Iya. Kerana tidak ada satu orang pun yang datang dengan membawa seperti apa yang kamu bawa ini kecuali akan menyakitimu (dimusuhimu). Seandainya aku ada saat kejadian itu, pasti aku akan menolongmu dengan sekemampuanku”. Waroqoh tidak mengalami peristiwa yang diyakininya tersebut karena lebih dahulu meninggal dunia pada masa fatroh (kekosongan) wahyu.

Ibnu Syihab berkata, telah mengabarkan kepadaku Abu Salamah bin Abdurrahman bahwa Jabir bin Abdullah Al Anshari bertutur tentang kekosongan wahyu, sebagaimana yang Rasulullah SAW ceritakan: “Ketika sedang berjalan aku mendengar suara dari langit, aku memandang ke arahnya dan ternyata Malaikat yang pernah datang kepadaku di Gua Hira, duduk di atas kursi antara langit dan bumi. Aku pun ketakutan dan pulang, dan berkata: “Selimuti aku. Selimuti aku”.

Maka Allah Ta’ala menurunkan wahyu: (Wahai orang yang berselimut) sampai firman Allah (dan berhala-berhala tinggalkanlah). Sejak saat itulah wahyu terus turun berkesinambungan dan menandai dimulainya peradaban Islam.