Firman Allah S.W.T di dalam surah
At-Tin, ayat 4; yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang
sebaik-baiknya.”
Kejadian manusia itu dapat kita
amatinya melalui proses-proses yang dialami semasa pembentukan manusia di dalam
rahim. Proses pembentukan manusia itu dipanggil sebagai proses kehamilan.
Proses pembentukan manusia itu terjadi semasa percantuman antara benih
perempuan dan juga benih lelaki yang dinamakan sebagai ovum dan sperma.
Proses kehamilan ini dapat kita
bahagikan kepada tiga tahap pembentukan janin iaitu pada trimester pertama,
trimester kedua, dan trimester ketiga.
Trimester pertama bermula pada
minggu pertama sehingga minggu yang ke-12, trimester kedua bermula pada minggu
ke-13 sehingga minggu yang ke-27, manakala trimester ketiga bermula pada minggu
ke-28 sehinggalah bayi itu dilahirkan.
Apa yang berlaku sebelum
terjadinya proses pembentukan manusia..?
Pembentukan manusia di dalam
rahim adalah berkait rapat dengan siklus menstruasi perempuan. Lamanya satu
siklus menstruasi dihitung berdasarkan jarak antara hari pertama menstruasi
sebelumnya dan hari pertama menstruasi pada hari berikutnya. Manusia yang normal, satu siklus menstruasinya adalah
dalam lingkungan antara 21 hari sehingga 35 hari.
Pada hari wanita itu berada pada
tarikh pertengahan siklus menstruasinya, satu buah telur akan dilepaskan oleh
ovarium (dinding telur). Lamanya masa subur itu hanya dalam sekitar 6 hari
selepas tarikh bermulanya menstruasi wanita tersebut.
Apabila telur tersebut tidak
dibenihi oleh sperma, maka dinding rahim yang sebelumnya menebal dan kaya
dengan selaput darah akan mengelupas dan dikeluarkan dalam bentuk menstruasi.
Apabila telur tersebut berjaya dicantumkan dengan sperma lelaki, maka tidak akan
terjadinya menstruasi kerana dinding rahim yang kaya dengan selaput darah itu
akan diperkukuhkan menjadi tempat untuk tempelan dan sumber makanan bagi janin
selama mana ia hidup di dalam rahim ibunya.
PERINGKAT KEJADIAN MANUSIA DI DALAM RAHIM
A. Tahap Embrio
Pada usia pertama kehamilan iaitu
dari minggu pertama sehingga minggu yang kedua belas, ibu hamil mengalami
gejala dan simptom yang dipanggil sebagai "morning sickness".
Perkembangan embrio pada tahap ini:
Minggu Pertama:
1. Pembenihan berlaku atau
fertilisasi.
2. Percantuman benih lelaki dan
perempuan itu tadi akan membentuk sel yang dipanggil zigot.
3. Lalu sel tersebut akan
membelah dirinya menjadi dua sel setelah 30 jam, lalu menjadi empat sel pada
hari kedua, dan pada hari ketiga akan menjadi 12 – 16 sel yang disebut sebagai
morula.
4. Kemudian, morula akan membelah
lagi sehingga sekita 107 sel dan memiliki rongga sehingga menjadi blastula, dan
pada hari ke enam, blastula ini akan menempel ke dinding rahim.
Minggu Ke-2:
Pada minggu kedua, plasenta akan
terbentuk, lalu ketuban (amnion) serta lapisan sel-sel embrio akan terbentuk
menjadi organ-organ tubuh.
Minggu Ke-3:
1. Pembentukan jaringan dan organ
yang berbeza-beza.
2. Maka bermulalah pembentukan
sel-sel saraf serta pulau-pulaundarah yang akan menjadi pembuluh darah dan
sel-sel sarah.
3. Maka segumpal darah terbentuk.
Minggu Ke-4:
Mulai terbentuknya otak, tulang
berulang, jantung, tunas lengan dan tunas kaki. Panjang embrio pada saat ini
masih dalam keadaan 10 milimeter.
Minggu Ke-8:
1. Proses pembentukan organ-organ
utama.
2. Jantung mula berdegup.
3. Lengan dan kaki tumbuh lebih
panjang serta pembentukan jari-jari yang halus.
4. Organ kelamin terbentuk, namun
belum lagi terbentuknya jantina lelaki atau perempuan.
5. Mata mulai bergeser ke arah
wajah dan kelompak mata terbentuk.
6. Tali plasenta mulai jelas
kelihatan.
7. Pada akhir minggu ke lapan,
bentuk janin atau fetus mula menyerupai mirip manusia. Panjang fetus sudah
menjangkau 25 milimeter.
Minggu Ke-12:
1. Otot dan saraf saling mulai
bekerjasama.
2. Bayi membuat kepalan tangan.
3. Organ kelamin mulai nampak.
4. Kelopak mata tertutup untuk
melindungi mata yang sedang berkembang. Kelopak mata ini akan menutup sehingga
minggu ke-28.
5. Pertumbuhan kepala mulai
menurun.
6. Bayi bertambah panjang
sehingga 7,5 sentimeter dan berat sekita 28 gram.
B. Tahap Fetus/Janin.
Tahap fetus/janin terjadi pada
proses kehamilan trimester kedua dan ketiga.
Kehamilan Trimester Kedua.
Sudah mula tidak merasa mual dan
lelah saat mulai memasuki peringkat trimester kedua. Namun, ibu yang mengandung
akan merasai:
(i) Rasa nyeri pada tubuh seperti
punggung, perut, lipat paha atau paha.
(ii) Rekahan pada perut.
(iii) Gatal-gatal pada perut,
telapak tangan dan tumit.
(iv) Jari-jari, muka dan sendi
mula merasa bengkak.
Kadar pertumbuhan janin di dalam kandungan:
Minggu ke-16:
1. Otak telah berkembang dengan
sempurna.
2. Jaringan otot telah memanjang
dan tulang menjadi lebih keras.
3. Kulit mula terbentuk.
4. Kotoran sisa makanan mula
terbentuk.
5. Janin mula menghisap ibu
jarinya.
6. Janin mula mencapai ukuran
sekitar 10 – 12 sentimeter dan berat sekitar 35 gram.
Minggu ke-20:
1. Janin lebih mula aktif.
2. Ibu mungkin merasa sedikit
kepanasan.
3. Janin mula ditumbuhi
rambut-rambut yang halus yang akan melindungi kulit dibawahnya.
4. Terbentuk alis mata, bulu mata
dan kuku kuku di jarinya.
5. Janin sudah mula dapat
mendengar dan menelan.
6. Janin sudah berukuran 15
sentimeter dan berat dalam 250 gram.
Minggu Ke-24:
1. Sumsum tulang mula membuat
sel-sel darah.
2. Terdapat organ yang boleh
merasa pada lidah.
3. Terbentuknya jari jemari yang
sempurna.
4. Rambut mulai tumbuh pada
kepala bayi.
5. Paru-paru mulai terbentuk,
namun belum lagi bekerja.
6. Janin mulai menunjukkan reaksi
pada keadaan sekelilingnya.
7. Bayi tidur dan bangun secara
teratur.
8. Jantina mulai terbentuk.
9. Janin mulai menyimpan lemak.
10. Janin berukuran 30,5
sentimeter dan berat 0,7 kilogram.
Proses kehamilan trimester ketiga.
Gejala gejala yang ada pada
timester kedua mungkin masih ada pada trimester ketiga. Bayi tumbuh lebih besar
lagi sehingga menahan beberapa organ yang ada di dalam tubuh ibunya. Ibunya
akan merasa:
(i) Sesak nafas.
(ii) Pembengkakan pada
sendi-sendi, jari-jari, dan muka.
(iii) Hemoroid.
(iv) Sukar untuk tidur.
(v) Bayi mulai turun ke bawah
menuju panggil ibunya.
(vi) Kontraksi pada perut.
Pertumbuhan janin pada ketika
ini:
Minggu ke-32:
1. Tulang tulang mulai sempurna.
2. Bayi menendang dengan kuat.
3. Mata yang terbuka dan menutup
dan merasakan adanya cahaya.
4. Paru belum terbentuk sempurna,
tetapi terdapat gerakan-gerakan pernafasan.
5. Tubuh bayi mulai menyimpan
mineral-mineral penting seperti zat besi dan kalsium.
6. Bulu-bulu roma mulai
terbentuk.
7. Berat badan bayi cepat
bertambah. Ukuran sudah mencapai 38 – 43 sentimeter dan beratya sekitar 0,8 – 2
kilogram.
Minggu ke-36:
1. Lapisan pelindung vermix
menebal.
2. Lemak pada tubuh meningkat.
Bayi membesar meiputi ruangan rahim ibunya.
3. Bayi berukuran 41 – 48 sentimeter
dan berat 2,7 – 3 kilogram.
Minggu ke-37 sehingga 40:
1. Akhir minggu ke-37, bayi sudah
sempurna kejadiannya. Organ-organ bayi sudah berfungsi dengan sendirinya.
2. Bayi mula berada di posisi
kepala di bawah.
3. Saat lahir, berat bayi sekitar
2,8 – 4 kilogram dan ukurannya pula adalah berbeza-beza mengikut jantinanya.
Di dalam al-quran surah Az-Zumar,
ayat 6; yang bermaksud:
“...Dia (Allah) menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi
kejadian dalam tiga kegelapan. Yang (berbuat) demikian itu adalah Allah,
Tuhan kamu, Tuhan yang memiliki kerajaan. Tidak ada tuhan yang disembah
melainkan Dia (Allah)”
Penterjemahan ayat:
Allah menciptakan manusia itu di
dalam perut ibunya secara kejadian demi kejadian, iaitu secara
berperingkat-peringkat melalui tiga keadaan. Yang dimaksudkan di sini iaitu
berperingkat-peringkat ialah dari setitik air mani lalu menjadi segumpal darah
beku, kemudian darah beku itu menjadi segumpal daging, lalu terbentuknya tulang
temulang, kemudian tulang temulang itu disalut dengan daging, setelah itu
menjadi seorang manusia dalam bentuk yang lengkap.
Menurut penerangan tafsir, maksud
tiga kegelapan itu ialah:
(i) Kegelapan di dalam rahim.
(ii) Kegelapan di dalam perut
ibu.
(iii) Kegelapan di dalam “tambuyunni”.
Assalamualaikum sis,
ReplyDeleteSaya mahu bertanya..apa yang dimaksudkan dengan tambuyunni.?
Maksud tambuyunni itu adalah hubungan manusia antara ruh dan ruh. Yang dimaksudkan di sini adalah hubungan ibunya bersama anaknya di dalam perut ibu.
ReplyDelete