Tuesday, April 26, 2016

TIPS-TIPS IBU MENGANDUNG






Assalamualaikum saudara saudari sekalian, kami ingin mengongsikan beberapa tips tentang keadaan ibu mengandung. Jika saudara saudari baru melahirkan anak yang pertama mungkin ini tips yang berguna untuk saudara saudari sekalian.

Mohon baca ya..~!!

Kaedah mandian selepas bersalin:

  1. Lengkuas.
  2. Serai.
  3. Halia.
  4. Kunyit.
  5. Asam keping.
  6. Garam kasar.


Ubat-ubatan ibu mengandung:
Simptom : badan menjadi lesu dan tidak bermaya; kepala terasa pening.

Kaedah rawatan:
  1. 1 batang serai.
  2. 1 potong kayu manis – 4 cm
  3. 1 biji bunga cengkih.
  4. Gula putih.

Cara-cara membuatnya:
Masak air sehingga mendidih.
Tuangkan air ke dalam gelas yang bercampur dengan bahan di atas dan kacau.
Setelah sejuk dingin airnya, maka diminum.
Seelok-eloknya sebelum masuk tidur.

Keperluan makanan untuk ibu hamil:
Dilarang memakan makanan terlalu banyak kerana ia akan mendatangkan bahaya kepada bayi di dalam kandungan.

Makanan nutrisi bagi ibu hamil:
  1. Makanan berdaging merah seperti daging lembu dan ikan.
  2. Makanan dalaman organ seperti hati, jantung, paru-paru dan sebagainya.
  3. Telur ayam – 1 kali sehari.
  4. Makanan serat seperti nasi dan roti; beras merah.
  5. Hasil tenusu seperti keju dan marjerin; susu segar.
  6. Buah-buahan dan sayur sayuran seperti bayam, serai, ulam dan sebagainya.

Perlu diamalkan ayat-ayat Al-Quran iaitu surah-surah berikut:
Al-fatihah – 7 kali.
Ali Imran – 1 kali bacaan
Al Anbiya – beberapa kali bacaan.
Al kursi – 1 kali bacaan
3 qul

No comments:

Post a Comment