Setelah Nabi Adam A.S. diturunkan ke bumi, Allah
mencampakkan kedua hamba Allah ini ditempat yang jauh dan terasing. Nabi Adam
dicampakkan di benua Asia Tenggara. Manakala, Siti Hawa pula dilemparkan ke benua
Tanah Arab. Masing-masing telah diketemukan oleh Allah selepas 40 hari terpisah
dan titik pertemuannya adalah di Jabal Rahmah iaitu tempat kunjungan para
Jemaah haji semasa menunaikan haji di tanah arab Mekah.
Menurut kisah tentang penurunan Nabi Adam A.S,
dikatakan Nabi Adam diturunkan di Sri Lanka, iaitu di puncak bukit Sri Prada.
Tanahnya yang mirip dengan keadaan sepertimana di syurga, ada kuil,
tumbuh-tumbuhan tropika, dan juga haiwan mergastua. Di tempat ini, para
arkeologi telah menemukan jejak kaki Nabi Adam yang berukuran raksaksa.
Manakala, kisah Siti Hawa pula dikatakan telah diturunkan oleh Allah di tanah
Arab dan telah ditemukan oleh Allah di Jabal Rahmah, di jajahan kota Mekah
selepas 40 hari berpisah.
Allah telah memerintahkan Nabi Adam dan Hawa untuk mengembangkan
zuriat mereka di dunia dan ditugaskan untuk memerintah kaum manusia serta
menjadi khalifah yang pertama di dunia. Keturunan pertama yang dilahirkan oleh
Nabi Adam A.S dan Siti Hawa adalah pasangan kembar Qabil dan Habil, manakala
pasangan kembar perempuannya adalah Iqlima dan Labuda. Maka bermulalah kisah
hidup mereka di dunia sehinggalah Allah memerintahkan Nabi Adam A.S supaya
mengahwinkan ke empat anak lelaki dan perempuannya ini melalui pernikahan
silang. Qabil diarahkan untuk mengahwini Labuda. Manakala, Habil diarahkan
untuk mengahwini Iqlima.
Maka, telah berlakulah peristiwa ketidakpuasan hati
dari anak lelakinya Qabil, iaitu saudara lelaki yang paling tua. Dia mengatakan
bahawa Iqlima itu jauh lebih cantik daripada Labuda. Saudara tuanya telah
dinikahkan oleh ayahandanya dengan dengan Habil, manakala, saudara lelaki
mudanya Nabi Adam dinikahkan dengan saudara tua Qabil, iaitu Iqlima yang jauh
lebih rupawan daripada Labuda.
Allah memerintahkan anakanda mereka supaya melakukan
kurban. Barangsiapa kurbannya diterima oleh Allah, maka dialah yang berhak
untuk memilih jodohnya.
Habil memilih untuk melakukan kurban dengan memilih
seekor kambing yang paling disayangi di antara haiwan peliharaannya. Sedangkan,
Qabil memilih untuk mempersembahkan sekarung gandum yang paling buruk sebagai
tebusan kurbannya. Maka, yang manakah sebenarnya yang menjadi pilihan Allah..?
Allah menerima kurban dari Habil, maka dialah yang
berhak memilih jodoh hatinya. Qabil berasa sangat kecewa lalu di dalam diam dia
sudah menyimpan perasaan benci kepada Habil. Maka, berlangsunglah pernikahan di
antara Qabil dan Labuda, dan pasangan Habil dan Iqlima.
Selang beberapa tahun, hidup mereka sudah kembali
seperti seadanya. Sehingga Qabil merasa tidak tenteram, lalu, syaitan merasuki
jiwanya. Qabil menjadi tidak menentu akal fikirannya. Dia mahu mengapakan Habil
sehingga Habil lenyap di dunia.
Usaha syaitan untuk merasuki manusia tercapai. Qabil
telah merancang untuk membunuh adik saudaranya, lalu terlaksana. Dia memukul Habil
dengan batu yang besar, lalu tepat terkena kepalanya, lalu Habil meninggal
dunia.
Qabil merasa kebinggungan, kenapa dia melakukan
perkara sebegitu sekali kepada adiknya..? Lalu, Qabil tidak tentu arah. Allah
telah menurunkan wahyu kepadanya, lalu memberi petunjuk melalui sepasang burung
gagak yang sedang memakan mayat adiknya.
Burung gagak itu telah membuat lubang, lalu menanam
bangkai pasangannya, lalu terlintas di fikiran Qabil supaya mengali lubang dan
menanam jenazah adiknya, lalu peristiwa seterusnya adalah Qabil menceritakan
kepada ayahandanya bahawa Habil sudah melarikan diri dari kawanannya. Makanya,
ke mana Habil sudah pergi..??
Kesudahannya, Habil dan Qabil terpisah jua. Maka,
permulaan peristiwa pembunuhan pertama manusia sudah Berjaya dilaksanakan oleh
syaitan. Maka, janji Allah itu benar, syaitan sangat dimurkai oleh Allah dan
melaknatnya dan menghumbannya ke dalam neraka. Sehingga ke hari pembalasan,
janji Allah kepada makhluk ini. Kecuali kepada hambanya yang terpilih.
Maka Allah berfirman di dalam surah Al-Hijr, ayat
yang ke 41 - 42, yang bermaksud;
“Dia (Allah)
berfirman, “Ini adalah jalan yang lurus menuju kepada siratKu; sesungguhnya
kamu (iblis) tidak terdaya ke atas hamba-hambaKu, kecuali mereka yang
mengikutimu, iaitu orang-orang yang sesat.”
No comments:
Post a Comment