Sunday, February 28, 2016

PROSES PEMBENTUKAN MANUSIA KETIKA BERADA DI DALAM RAHIM




Firman Allah S.W.T di dalam surah At-Tin, ayat 4; yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.”

Kejadian manusia itu dapat kita amatinya melalui proses-proses yang dialami semasa pembentukan manusia di dalam rahim. Proses pembentukan manusia itu dipanggil sebagai proses kehamilan. Proses pembentukan manusia itu terjadi semasa percantuman antara benih perempuan dan juga benih lelaki yang dinamakan sebagai ovum dan sperma.

Proses kehamilan ini dapat kita bahagikan kepada tiga tahap pembentukan janin iaitu pada trimester pertama, trimester kedua, dan trimester ketiga.



Trimester pertama bermula pada minggu pertama sehingga minggu yang ke-12, trimester kedua bermula pada minggu ke-13 sehingga minggu yang ke-27, manakala trimester ketiga bermula pada minggu ke-28 sehinggalah bayi itu dilahirkan.

Apa yang berlaku sebelum terjadinya proses pembentukan manusia..?

Pembentukan manusia di dalam rahim adalah berkait rapat dengan siklus menstruasi perempuan. Lamanya satu siklus menstruasi dihitung berdasarkan jarak antara hari pertama menstruasi sebelumnya dan hari pertama menstruasi pada hari berikutnya. Manusia yang normal, satu siklus menstruasinya adalah dalam lingkungan antara 21 hari sehingga 35 hari.

Pada hari wanita itu berada pada tarikh pertengahan siklus menstruasinya, satu buah telur akan dilepaskan oleh ovarium (dinding telur). Lamanya masa subur itu hanya dalam sekitar 6 hari selepas tarikh bermulanya menstruasi wanita tersebut.

Apabila telur tersebut tidak dibenihi oleh sperma, maka dinding rahim yang sebelumnya menebal dan kaya dengan selaput darah akan mengelupas dan dikeluarkan dalam bentuk menstruasi. Apabila telur tersebut berjaya dicantumkan dengan sperma lelaki, maka tidak akan terjadinya menstruasi kerana dinding rahim yang kaya dengan selaput darah itu akan diperkukuhkan menjadi tempat untuk tempelan dan sumber makanan bagi janin selama mana ia hidup di dalam rahim ibunya.

PERINGKAT KEJADIAN MANUSIA DI DALAM RAHIM

A. Tahap Embrio
Pada usia pertama kehamilan iaitu dari minggu pertama sehingga minggu yang kedua belas, ibu hamil mengalami gejala dan simptom yang dipanggil sebagai "morning sickness".

Perkembangan embrio pada tahap ini:

Minggu Pertama:
1. Pembenihan berlaku atau fertilisasi.
2. Percantuman benih lelaki dan perempuan itu tadi akan membentuk sel yang dipanggil zigot.
3. Lalu sel tersebut akan membelah dirinya menjadi dua sel setelah 30 jam, lalu menjadi empat sel pada hari kedua, dan pada hari ketiga akan menjadi 12 – 16 sel yang disebut sebagai morula.
4. Kemudian, morula akan membelah lagi sehingga sekita 107 sel dan memiliki rongga sehingga menjadi blastula, dan pada hari ke enam, blastula ini akan menempel ke dinding rahim.

Minggu Ke-2:
Pada minggu kedua, plasenta akan terbentuk, lalu ketuban (amnion) serta lapisan sel-sel embrio akan terbentuk menjadi organ-organ tubuh.

Minggu Ke-3:
1. Pembentukan jaringan dan organ yang berbeza-beza.
2. Maka bermulalah pembentukan sel-sel saraf serta pulau-pulaundarah yang akan menjadi pembuluh darah dan sel-sel sarah.
3. Maka segumpal darah terbentuk.

Minggu Ke-4:
Mulai terbentuknya otak, tulang berulang, jantung, tunas lengan dan tunas kaki. Panjang embrio pada saat ini masih dalam keadaan 10 milimeter.

Minggu Ke-8:
1. Proses pembentukan organ-organ utama.
2. Jantung mula berdegup.
3. Lengan dan kaki tumbuh lebih panjang serta pembentukan jari-jari yang halus.
4. Organ kelamin terbentuk, namun belum lagi terbentuknya jantina lelaki atau perempuan.
5. Mata mulai bergeser ke arah wajah dan kelompak mata terbentuk.
6. Tali plasenta mulai jelas kelihatan.
7. Pada akhir minggu ke lapan, bentuk janin atau fetus mula menyerupai mirip manusia. Panjang fetus sudah menjangkau 25 milimeter.

Minggu Ke-12:
1. Otot dan saraf saling mulai bekerjasama.
2. Bayi membuat kepalan tangan.
3. Organ kelamin mulai nampak.
4. Kelopak mata tertutup untuk melindungi mata yang sedang berkembang. Kelopak mata ini akan menutup sehingga minggu ke-28.
5. Pertumbuhan kepala mulai menurun.
6. Bayi bertambah panjang sehingga 7,5 sentimeter dan berat sekita 28 gram.

B. Tahap Fetus/Janin.
Tahap fetus/janin terjadi pada proses kehamilan trimester kedua dan ketiga.

Kehamilan Trimester Kedua.

Sudah mula tidak merasa mual dan lelah saat mulai memasuki peringkat trimester kedua. Namun, ibu yang mengandung akan merasai:
(i) Rasa nyeri pada tubuh seperti punggung, perut, lipat paha atau paha.
(ii) Rekahan pada perut.
(iii) Gatal-gatal pada perut, telapak tangan dan tumit.
(iv) Jari-jari, muka dan sendi mula merasa bengkak.

Kadar pertumbuhan janin di dalam kandungan:

Minggu ke-16:
1. Otak telah berkembang dengan sempurna.
2. Jaringan otot telah memanjang dan tulang menjadi lebih keras.
3. Kulit mula terbentuk.
4. Kotoran sisa makanan mula terbentuk.
5. Janin mula menghisap ibu jarinya.
6. Janin mula mencapai ukuran sekitar 10 – 12 sentimeter dan berat sekitar 35 gram.

Minggu ke-20:
1. Janin lebih mula aktif.
2. Ibu mungkin merasa sedikit kepanasan.
3. Janin mula ditumbuhi rambut-rambut yang halus yang akan melindungi kulit dibawahnya.
4. Terbentuk alis mata, bulu mata dan kuku kuku di jarinya.
5. Janin sudah mula dapat mendengar dan menelan.
6. Janin sudah berukuran 15 sentimeter  dan berat dalam 250 gram.

Minggu Ke-24:
1. Sumsum tulang mula membuat sel-sel darah.
2. Terdapat organ yang boleh merasa pada lidah.
3. Terbentuknya jari jemari yang sempurna.
4. Rambut mulai tumbuh pada kepala bayi.
5. Paru-paru mulai terbentuk, namun belum lagi bekerja.
6. Janin mulai menunjukkan reaksi pada keadaan sekelilingnya.
7. Bayi tidur dan bangun secara teratur.
8. Jantina mulai terbentuk.
9. Janin mulai menyimpan lemak.
10. Janin berukuran 30,5 sentimeter dan berat 0,7 kilogram.

Proses kehamilan trimester ketiga.

Gejala gejala yang ada pada timester kedua mungkin masih ada pada trimester ketiga. Bayi tumbuh lebih besar lagi sehingga menahan beberapa organ yang ada di dalam tubuh ibunya. Ibunya akan merasa:
(i) Sesak nafas.
(ii) Pembengkakan pada sendi-sendi, jari-jari, dan muka.
(iii) Hemoroid.
(iv) Sukar untuk tidur.
(v) Bayi mulai turun ke bawah menuju panggil ibunya.
(vi) Kontraksi pada perut.

Pertumbuhan janin pada ketika ini:

Minggu ke-32:
1. Tulang tulang mulai sempurna.
2. Bayi menendang dengan kuat.
3. Mata yang terbuka dan menutup dan merasakan adanya cahaya.
4. Paru belum terbentuk sempurna, tetapi terdapat gerakan-gerakan pernafasan.
5. Tubuh bayi mulai menyimpan mineral-mineral penting seperti zat besi dan kalsium.
6. Bulu-bulu roma mulai terbentuk.
7. Berat badan bayi cepat bertambah. Ukuran sudah mencapai 38 – 43 sentimeter dan beratya sekitar 0,8 – 2 kilogram.

Minggu ke-36:
1. Lapisan pelindung vermix menebal.
2. Lemak pada tubuh meningkat. Bayi membesar meiputi ruangan rahim ibunya.
3. Bayi berukuran 41 – 48 sentimeter dan berat 2,7 – 3 kilogram.

Minggu ke-37 sehingga 40:
1. Akhir minggu ke-37, bayi sudah sempurna kejadiannya. Organ-organ bayi sudah berfungsi dengan sendirinya.
2. Bayi mula berada di posisi kepala di bawah.
3. Saat lahir, berat bayi sekitar 2,8 – 4 kilogram dan ukurannya pula adalah berbeza-beza mengikut jantinanya.

Di dalam al-quran surah Az-Zumar, ayat 6; yang bermaksud:

“...Dia (Allah) menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan. Yang (berbuat) demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu, Tuhan yang memiliki kerajaan. Tidak ada tuhan yang disembah melainkan Dia (Allah)”

Penterjemahan ayat:

Allah menciptakan manusia itu di dalam perut ibunya secara kejadian demi kejadian, iaitu secara berperingkat-peringkat melalui tiga keadaan. Yang dimaksudkan di sini iaitu berperingkat-peringkat ialah dari setitik air mani lalu menjadi segumpal darah beku, kemudian darah beku itu menjadi segumpal daging, lalu terbentuknya tulang temulang, kemudian tulang temulang itu disalut dengan daging, setelah itu menjadi seorang manusia dalam bentuk yang lengkap.

Menurut penerangan tafsir, maksud tiga kegelapan itu ialah:

(i) Kegelapan di dalam rahim.
(ii) Kegelapan di dalam perut ibu.
(iii) Kegelapan di dalam “tambuyunni”.


Wednesday, February 17, 2016

NABI ADAM A.S SERTA KETURUNANNYA



Setelah Nabi Adam A.S. diturunkan ke bumi, Allah mencampakkan kedua hamba Allah ini ditempat yang jauh dan terasing. Nabi Adam dicampakkan di benua Asia Tenggara. Manakala, Siti Hawa pula dilemparkan ke benua Tanah Arab. Masing-masing telah diketemukan oleh Allah selepas 40 hari terpisah dan titik pertemuannya adalah di Jabal Rahmah iaitu tempat kunjungan para Jemaah haji semasa menunaikan haji di tanah arab Mekah.

Menurut kisah tentang penurunan Nabi Adam A.S, dikatakan Nabi Adam diturunkan di Sri Lanka, iaitu di puncak bukit Sri Prada. Tanahnya yang mirip dengan keadaan sepertimana di syurga, ada kuil, tumbuh-tumbuhan tropika, dan juga haiwan mergastua. Di tempat ini, para arkeologi telah menemukan jejak kaki Nabi Adam yang berukuran raksaksa. Manakala, kisah Siti Hawa pula dikatakan telah diturunkan oleh Allah di tanah Arab dan telah ditemukan oleh Allah di Jabal Rahmah, di jajahan kota Mekah selepas 40 hari berpisah.

Allah telah memerintahkan Nabi Adam dan Hawa untuk mengembangkan zuriat mereka di dunia dan ditugaskan untuk memerintah kaum manusia serta menjadi khalifah yang pertama di dunia. Keturunan pertama yang dilahirkan oleh Nabi Adam A.S dan Siti Hawa adalah pasangan kembar Qabil dan Habil, manakala pasangan kembar perempuannya adalah Iqlima dan Labuda. Maka bermulalah kisah hidup mereka di dunia sehinggalah Allah memerintahkan Nabi Adam A.S supaya mengahwinkan ke empat anak lelaki dan perempuannya ini melalui pernikahan silang. Qabil diarahkan untuk mengahwini Labuda. Manakala, Habil diarahkan untuk mengahwini Iqlima.  

Maka, telah berlakulah peristiwa ketidakpuasan hati dari anak lelakinya Qabil, iaitu saudara lelaki yang paling tua. Dia mengatakan bahawa Iqlima itu jauh lebih cantik daripada Labuda. Saudara tuanya telah dinikahkan oleh ayahandanya dengan dengan Habil, manakala, saudara lelaki mudanya Nabi Adam dinikahkan dengan saudara tua Qabil, iaitu Iqlima yang jauh lebih rupawan daripada Labuda.

Allah memerintahkan anakanda mereka supaya melakukan kurban. Barangsiapa kurbannya diterima oleh Allah, maka dialah yang berhak untuk memilih jodohnya.

Habil memilih untuk melakukan kurban dengan memilih seekor kambing yang paling disayangi di antara haiwan peliharaannya. Sedangkan, Qabil memilih untuk mempersembahkan sekarung gandum yang paling buruk sebagai tebusan kurbannya. Maka, yang manakah sebenarnya yang menjadi pilihan Allah..?

Allah menerima kurban dari Habil, maka dialah yang berhak memilih jodoh hatinya. Qabil berasa sangat kecewa lalu di dalam diam dia sudah menyimpan perasaan benci kepada Habil. Maka, berlangsunglah pernikahan di antara Qabil dan Labuda, dan pasangan Habil dan Iqlima.

Selang beberapa tahun, hidup mereka sudah kembali seperti seadanya. Sehingga Qabil merasa tidak tenteram, lalu, syaitan merasuki jiwanya. Qabil menjadi tidak menentu akal fikirannya. Dia mahu mengapakan Habil sehingga Habil lenyap di dunia.

Usaha syaitan untuk merasuki manusia tercapai. Qabil telah merancang untuk membunuh adik saudaranya, lalu terlaksana. Dia memukul Habil dengan batu yang besar, lalu tepat terkena kepalanya, lalu Habil meninggal dunia.

Qabil merasa kebinggungan, kenapa dia melakukan perkara sebegitu sekali kepada adiknya..? Lalu, Qabil tidak tentu arah. Allah telah menurunkan wahyu kepadanya, lalu memberi petunjuk melalui sepasang burung gagak yang sedang memakan mayat adiknya.

Burung gagak itu telah membuat lubang, lalu menanam bangkai pasangannya, lalu terlintas di fikiran Qabil supaya mengali lubang dan menanam jenazah adiknya, lalu peristiwa seterusnya adalah Qabil menceritakan kepada ayahandanya bahawa Habil sudah melarikan diri dari kawanannya. Makanya, ke mana Habil sudah pergi..??

Kesudahannya, Habil dan Qabil terpisah jua. Maka, permulaan peristiwa pembunuhan pertama manusia sudah Berjaya dilaksanakan oleh syaitan. Maka, janji Allah itu benar, syaitan sangat dimurkai oleh Allah dan melaknatnya dan menghumbannya ke dalam neraka. Sehingga ke hari pembalasan, janji Allah kepada makhluk ini. Kecuali kepada hambanya yang terpilih.

Maka Allah berfirman di dalam surah Al-Hijr, ayat yang ke 41 - 42, yang bermaksud;

“Dia (Allah) berfirman, “Ini adalah jalan yang lurus menuju kepada siratKu; sesungguhnya kamu (iblis) tidak terdaya ke atas hamba-hambaKu, kecuali mereka yang mengikutimu, iaitu orang-orang yang sesat.”