Manusia
pertama diciptakan oleh Allah S.W.T. adalah Nabi Adam A.S., iaitu nabi yang
diutuskan oleh Allah untuk turun ke bumi sebagai khalifah di muka bumi. Adam diciptakan
daripada tanah, manakala manusia pula diciptakan daripada dua benih dari benih
lelaki dan perempuan. Hanya Adam A.S. dijadikan daripada pati tanah liat yang
kering dan hitam, manakala manusia dijadikan daripada air mani yang terpancar
daripada dua tulang sulbi manusia.
"Dan
(ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat,"Aku hendak
menjadikan khalifah di bumi". Mereka (malaikat) berkata, "Apakah
Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana,
sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?" Dia berfirman,
"Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
Firman Allah
di dalam surah Al-Baqarah, ayat 30.
"Maka
hendaklah manusia memikirkan: daripada apakah ia diciptakan? Dia diciptakan
dari air (mani) yang memancar (ke dalam rahim). Yang keluar dari tulang salbi
lelaki dan tulang dada perempuan."
Juga petikan
dari firman Allah di dalam surah At-Thariq, ayat 5-7.
“Dan
sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering
(yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk.”
Firman Allah
di dalam surah Al-Hijr, ayat 26.
Ketika
kejadian Nabi Adam A.S., Allah mengarahkan semua malaikat untuk patuh kepada
Adam. Semua malaikat tunduk dengan perintah Allah kecuali syaitan. Allah telah
murka dengan syaitan lalu mencampakkan ia ke dalam neraka, melalui tujuh pintu
neraka jahanam. Syaitan telah menjadi sombong lalu bersumpah akan menyesatkan
anak Adam sehingga ke hari kiamat.
Adam
dikurniakan seorang pendamping yang sangat menyayanginya iaitu Siti Hawa. Siti
Hawa diciptakan daripada tulang rusuk yang paling atas disebelah kiri Nabi Adam
A.S. Mereka hidup bahagia di dalam syurga. Mereka mendapat segala nikmat dan
kemakmuran sehingga pada suatu hari syaitan menggoda Nabi Adam supaya memakan
buah epal (khuldi) lalu syaitan berjaya menggodanya.
Maka Adam
A.S. telah mengakui kesalahannya kerana memakan buah khuldi, lalu terlucutlah
segala pakaian yang menyelubungi tubuh badan Adam kerana terlalu taksub untuk
merasai nikmat syurga. Allah memurkai tindakan Adam lalu memerintahkan Adam
supaya turun ke bumi. Maka Nabi Adam A.S. dan Siti Hawa pun berada di bumi
sebagai khalifah pertama yang memerintah kaum manusia.